~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Saturday, May 31, 2003

29 MEI

Ada temujanji di CB Ampang Point. Papa ikut sekali. Ada lagi proposal buat `dia' dan aku tidak terus memberikan keputusan, biar `dia' fikir sendiri dan mempertimbangkannya.

Selesai temujanji tersebut, aku terus ke JJ Wangsa Maju kerana `dia' ada acara di situ. Tidak mahu lagi bersesak-sesak dengan orang ramai, aku mengambil sudut yang paling selamat dan sentiasa hadir di satu2 tempat lebih awal, agar aku tidak dilanggar atau dirempuh oleh orang ramai yang memenuhi JJ.

Selepas acara, menghadiri jamuan makan dan kemudian `dia' balik dahulu ke rumah. Aku dan Papa menyusul kemudiannya. Sampai di rumah, rasa bosan dan teringat ada `fun fair' yang dibuka di hadapan LM tak jauh dari rumah. Aku dan Papa merancang untuk membawa PSNN dan R ke situ.

Jam 9.30, kami bertolak ke tempat `fun fair' tersebut tetapi punyalah berpusing2 mencari jalan masuk ke situ. Bila dah sampai ke tempat tersebut, aku pun hairan kerana tidaka da kereta lain di situ kecuali kereta yang kami naiki. Tak berani hendak keluar dari kereta lagi dan aku hanya menjenguk ke luar melalui tingkap kereta memerhati keadaan sekeliling di `fun fair' tersebut.

Akukah yang terawal atau mereka yang terlewat?????Iskhhh....rupa-rupanya belum dibuka lagi dan `fun fair' tersebut masih dalam proses kerja-kerja pemasangan. PSNN mengamuk nak jugak turun kat situ tetapi aku mencadangkan kepada Papa supaya pergi ke `fun fair' lagi satu di BBA.

Sampai di BBA, lega rasanya sebab memang ada `fun fair' kat situ. Dah lama benar rasanya aku tak ke tempat2 macam ini. Sesekali bawa PSNN seronok juga. PSNN main beberapa permainan dengan R termausk naik keretapi. Aku pun naik jugak lepas tu dengan PSNN.

Sementara PSNN dan R meronda2 mencari permainan yang sesuai, aku dan Papa memilih untuk main Bingo.Walaupun mula2 tak tahu macamana rupa permainan tersebut tetapi bila Papa jadi pemenang Bingo dan aku pilih hadiah tilam pelapik (toto) rasa seronok pula. 5 kali aku cuba, papan Bingo aku memang selalu menunjukkan tuah tetapi bila tiba saat2 nak mencapai Bingo, ada orang lain pulak yang dapat Bingo dulu. Iskhhh..frust bukan main aku.

Lepas main Bingo tadi, main kad pula. Beli kad ikut token. Kalau dalam kad tu nombor genap memang tak dapat hadiah, nombor ganjil baru ada hadiah. Hadiahnya pula ikut nombor yang tertera pada kad tu. Seronok jugak permainan ni, atas pilihan kad aku, Papa, PSNN dan R, kami dapat, 2 ekor tikus mainan, 2 botol air mineral, 2 helai saputangan kanak-kanak, 1 batang pen dan juga Pooh. Aku rasa memang nombor2 yang dapat hadiah kecil saja banyak pada kad yang ada kat situ. Dah tu ditaburnya banyak kad yang bernombor genap, macamanalah aku nak dapat banyak hadiah kalau macam tu. Dah memang adatkan.

Lepas tu baru aku jumpa permainan baling bola ikut kiraan markah. Permainan ni gerenti dapat hadiah punya. Apasallah dah nak balik baru aku jumpa permainan ni. Hehehhe...dapat banyak jugak hadiah, PSNN pun main permainan ni jugak.
Balik rumah dengan senang hati...banyak hadiah!

30 MEI

Hari yang sungguh mengantuk dan melemahkan badan. Pukul 10 pagi dah ke bandar D kerana `dia' ada tugasan. Menahan lapar sewaktu tiba di lokasi kerana tidak ada tempat makan di situ. Semua tak makan lagi dan maisng2 berazam untuk menghabiskan kerja dengan cepat.

Kalau kita saja yang cepat, orang lain lambat tak guna juga. Dah tu banyaknya bend2 lain yang `dia' kena buat. Nak buat macamana memang beginilah selalunya, kena terima sajalah.

Lapar..lapar..lapar. Dapat jugaklah menjamah kuih ketayap dan cekodok pisang. Tapi perut nak makan nasi jugak. Selesai kerja, terus ke pejabat dan makan di restoran bawah pejabat tuh. Lega....kenyang..Alhamdulillah.

Ada `meeting' pula pukul 3 di BU. Malasnya nak pergi tetapi aku kena hadiri juga `meeting' tersebut. Pukul 7 malam baru selesai, aku rasa penatttttt sangat. Mahu berehat sepuasnya di rumah.

31 MEI

Hari Keluarga Sedunia. Banyaknya hari pada bulan Mei. Rasa bangga pulak. Agaknya bulan Mei memang diiktiraf sebagai bulan hari2 istimewa.

Rasa `best' pulak ada Hari Keluarga. Aku dah cakap dengan Papa awal2 lagi, supaya dapat berkumpul hari ini.

Keluar rumah sebelum tengah hari dan pergi ke majlis cukur jambul anak staff sepejabat. Lepas tu keluar berjalan2 di PK dengan Papa, PSNN dan R. BIla badan dah penat barulah pulang ke rumah. Sedetik bersama keluarga besar ertinya. Beberapa jam pun rasa macam beberapa tahun.


Wednesday, May 28, 2003

27 MEI

Ada tugasan pagi. Pergi sendirian ke DJ. Jumpa `dia' di sana. Sementara menunggu jam 2.30 petang, aku habiskan masa bersama `dia' di tempat tugasan tersebut. Seterusnya aku ke Setapak untuk meeting bagi acara 14 Jun nanti.

Menunggu PN lebih kurang 1 jam lebih di pejabatnya. Meeting berjalan lancar dan aku fikir tidak ada masalah untuk acara 2 minggu akan datang ini. Acara ini kesinambungan acara `dia' pada 24 Mei yang lalu namun konsepnya sahaja yang berbeza. aku kira kali ini lebih meriah dengan visual dan juga pendekatan yang jauh bezanya dengan yang terbaru lalu.

Bila meeting selesai, aku keluar makan sebelum pulang ke rumah. Berbalas SMS yang nyata boleh meluahkan banyak perkara dan dari situ ada kesimpulan yang boleh dibuat daripada terus menemui jalan buntu dan kelabu.

Segalanya diselesaikan dengan baik. Aku tahu segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Ada janji yang diperbaharui dan itu adalah janji aku padanya yang terakhir. Aku tidak mahu semuanya berlaku lagi. Perubahan harus bermula saat ini dan aku tidak mahu dia berjanji pada diriku tetapi harus mengotakan janji pada dirinya sendiri.

Sebelah malam ada temujanji di MO. Lebih kurang jam 12.30 baru selesai dan terus pulang ke rumah dengan perasaan baru.

28 MEI

Ke pejabat. Menyiapkan sisa kerja secepat mungkin kerana badan rasa tak begitu `best' hari ini.

Monday, May 26, 2003

23 Mei

Minggu HMI...sibuk sedikit dengan pelbagai persediaan. Kalau latihan di RTM memang berhari2 masanya dan tiba-tiba dah kena buat raptai. Biasanya raptai ni untuk melihat semua perkara berjalan lancar atau tidak dan dari situ boleh dibuat post mortem untuk acara sebenar.

Dalam kerja aku pentingkan disiplin. Jika ada orang yang mengabaikan soal ini..alamatnya tak lamalah kerja dengan aku. Bagi aku, sesiapa yang bekerja dalam kumpulan `dia', harus tahu apa makna disiplin kerana kalau tidak orang itu akan menyusahkan `dia' secara tidak langsung.

Hari ini aku macam berapi jugaklah dengan orang-orang yang tidak berdisipilin sehingga ku fikir ianya mengganggu kelancaran kerja `dia'.

Raptai pada sebelah malam berjalan hampir 80% lancar dan sebarang kelemahan masih ada masa kurang 24 jam untuk memperbetulkannya. Lepas raptai, pergi makan2 yang telah menjadi acara biasa dengan teman2 aku.

Hilang lagi sebuah kepercayaan. Kemarahan yang sukar meredakan. Tuhan hanya satu2nya saksi yang sering meneman. Dia tahu bagaimana aku tertekan.

24 Mei

Marah semalam berlarutan ke pagi ini. Pening kepala tapi gagahkan diri untuk keluar dari situasi ini. Keluar makan bersaam 2 teman..kemudian menjadi 4 dan seterusnya sendat seperti sardin menjadi 6. Tak mengapalah, aku bawa mereka terus ke RTM.

Bersiap sedia untuk acara HMI malam ini. Harap semuanya berjalan lancar. `Dia' juga kelihatan tenang walaupun mengambil masa agak lama kali ini untuk menghias diri. Seperti biasa, aku memang orang belakang tabir. Sepanjang acara, berlari ke depan, ke belakang, ke depan dan ke belakang. Semuanya tamat dengan rasa hampir berpuas hati keseluruhannya.

Habis acara, makan2 lagi. Gurau2..gelak2..kerana aku tahu, bila tiba berseorangan, hilang gurau hilang gelak. Dan aku sendiri......

25 Mei

Subuh pagi yang menjadi saksi leburnya sebuah kepercayaan. Hari ini balik ke KL kecil, `dia' ada acara di sana petang ini. Tiba di KL kecil jam hampir jam 2 petang. Jumpa PSNN..rindu terubat.

Petang-Ke acara `dia' untuk kali keduanya di kampung sendiri. Ramai orang, Sesak. Memang jarang sekali dapat bersama orang kampung sendiri kerana masa yang tidak mengizinkan dan Alhamdulillah petang ini terlaksana. Semuanya gembira dan seronok.

Amarah tak pernah bersisa. Masih jitu dan aku redha jika suatu hari ianya terlerai dan hilang bersama diri aku sendiri.

26 Mei

Selalunya aku kuat menghadapi situasi begini cuma aku mudah tertekan dan hilang sabar. Hari ini aku menggunakan bahasa yang paling lembut untuk memberitahu dan bukan lagi bertujuan menyedarkan. Kehampaan harus diluahkan agar semua yang bersarang di hati bisa dileraikan.

Balik ke KL besar. Singgah di rumah keluarga aku hampir 3 jam. Kemudian meneruskan perjalanan.

Seperti yang ku duga, semuanya berlaku lagi. Namun Tuhan Maha Kuasa, aku terserempak di depan mata dan aku tahu, mungkin aku yang sedikit terlewat.

Namun semua ini pengajaran yang besar ertinya. Aku masih tabah dengan perasaan aku yang satu ini.

Thursday, May 22, 2003

Semalam dari pagi hingga hampir tengah malam, aku di RTM. Tugasan bersama `dia' untuk acara Sabtu ini nanti. Sebelah paginya dimulakan dengan scene2 yang menarik, gaya2 yang kelakar dan profesionalism yang pelbagai. Tukar jantina, jadi klon orang lain dan sebagainya. Hehehehe..melucukan. Sepatutnya tamat jam 2 petang supaya jam 2.30 petang boleh dimulakan dengan latihan yang lain2 pula.

Kerja pagi tadi berlarutan hingga ke jam 4 petang. Tertangguh semua latihan lainnya selepas Maghrib pula. Alhamdulillah, hampir 60% semua yang dirancangkan dapat dilaksanakan untuk hari yang pertama ini. Masih ada masa 2 hari sahaja lagi untuk memperbaiki dan memperbetulkan semua yang belum lancar.

Semalam juga idola aku zaman sekolah rendah dulu turut hadir memeriahkan suasana. Dulu ada ada beli 2-3 album beliau dan hafal hampir separuh daripada lagu2 dendangannya. Aku juga prihatin dengan kisah serta ceritanya dalam bidang hiburan dan yang paling aku suka ialah membaca kisah cintanya dengan penyanyi J yang akhirnya beliau berkahwin dengan penyanyi dan komposer A. Tak mengapalah, jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan?

Walaupun idola aku dulu ni dah ada depan mata, tapi aku tak pergi merapatinya. Cuma melambai2 dari jauh, berbalas senyuman dan sebelum beliau balik, aku senyum dan lambainya lagi.

Bila badan dah letih menahan sejuk aircond yang begitu menusuk hingga ke dalam tulang sum-sum, aku mohon beredar dari RTM. Latihan juga tamat dan terus pulang ke rumah. Singgah di 7-11 berdekatan rumah untuk membeli minuman sejuk. Mengantuk sangat malam ini dan aku tidur tanpa sedar apa2 pun.

Hari ini seperti biasa aku dan `dia' akan menyambung kerja semalam. Hari ini biasanya perlu lebih serius dan semua perkara harus ditingkatkan kerana pada malam esok sudah diadakan raptai.

Tuesday, May 20, 2003

19 MEI

Sepatutnya semalam `dia' harus ke negara jiran, ada acara di sana. Memandangkan Sars masih belum diisytiharkan reda dan ada lagi kes terbaru, kami terpaksa mengundurkan diri untuk terus turut serta dalam acara tersebut. Aku juga sejak awal lagi memang tidak berani hendak ke sana. Jika pagi ini `dia' dan ahli rombongan lain pergi juga, aku sudah bertekad untuk pulang sahaja ke rumah sebaik singgah di KLIA dari Sabah.

Sewaktu di Sabah, aku tidak begitu sihat. Tidak ikut mereka supper pada malam kelmarin dan malam tadi juga tidak ikut serta ke padang tempat acara Keamatan disambut secara besar-besaran. hanya menonton `dia' di televisyen dalam bilik hotel. Selepas `dia' habis acara, kami berkumpul dalam bilik dan berborak hingga jam 1.30 pagi. Pada malam itu juga kami dikhabarkan pembatalan ke negara jiran dan aku menarik nafas lega.

Entah mengapa terasa begitu lama sewaktu perjalanan dalam flight dari Sabah ke KLIA. Semua bahan bacaan dalam flight habis aku baca dan kerap ke bilik air kerana mahu menghabiskan masa. Hampir tiga jam baru tiba. Papa pula tiba-tiba tidak sihat. Sebaik tiba di rumah, badan diselimut dan aku dapat merasa bahang badannya yang begitu panas walaupun hanya duduk di sebelah. Papa tidur hingga petang dan Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dari tadi.

Keluar makan malam bersama Papa. teringin makan sup panas yang diberitahu sedap. Bila sampai ke tempat yang dituju, gerai tersebut telah tutup. Makan sahaja di gerai lain.

Pulang ke rumah aku mula mengemaskini blog baru ini. Tidak banyak yang ditambah lagi dan akan disambung pada hari esok pula.

Oh! Ya, sebelum balik ke rumah dari KLIA, aku singgah di hospital kerana temujanji aku dengan doktor hari ini. Tak sabar hendak mengetahui...dan akhirnya nampak juga. Terima dengan rasa syukur. Rezeki. Apa yang penting semuanya selamat dan cukup segala sifat.

20 MEI

Ada latihan bersama `dia' untuk acara hujung minggu ini. Latihan agak jauh dari rumah, nun di BSD. Hampir jam 2, latihan tamat dan aku terus pulang ke pejabat. menyudahkan lagi blog ini, menokok tambah apa yang patut. Dan inilah hasilnya yang tak seberapa.

Monday, May 19, 2003

Salam. Mengapa aku masih menulis? Ada desakan atau kehilangan ruang untuk berkongsi perasaan. Tidak ada perkara yang menghairankan atau tidak tetap pendirian, apa yang aku buat ini tanpa paksaan.

Selepas 2 bulan tidak menulis, aku kembali atas kehendak sendiri. Di ruang yang baru ini tentunya akan ada banyak lagi kisah yang boleh dikongsi.

Mukadimah baru ini adalah rumusan yang terjadi sewaktu aku tidak menulis dahulu. Aku masih ingat 27 Mac 2003 aku mengakhiri blog lama di Jakarta. Pulang dari Jakarta, nyata hari-hari aku makin sibuk. Ada kerja yang bertindih2. Berulang bersama `dia' ke RTM dan MBSA. Diikuti dengan acara tahunan `dia' bersama HQKL untuk tahun yang keempat. Banyak dugaan kali ini. Ada beberapa perkara yang `last minute'. Adat duniawi. Acara dua hari di KL dan sehari di Pulau Pinang tidak banyak masalah. Berlangsung dengan baik dan sambutan juga baik.

Memegang takhta untuk tahun kelima bagi acara berprestij AIM. Tidak perlu dipertikaikan lebih atau kurangnya apa yang diperolehi, bagi aku bukan perkara mudah untuk mengekalkan sesuatu. Apa yang `dia' terima harus disyukuri.

Bermula episod kesihatan aku yang tidak stabil. Pening kepala. Muntah. Adat berbadan dua. Pasrah dan adakalanya hampir mengalah. Bukan tak sanggup menderita tetapi rasa tak mahu diduga kesakitan tak terhingga. Hampir seminggu tidak bekerja dan fikiran jadi makin sesak.

Ada sesuatu di bandar JB selepas itu. Mencadangkan teman-teman untuk datang memberi sokongan kepada `dia'. Semacam silap agenda pula kerana kebetulan tarikh bermakna itu juga pada waktu yang sama.

Terima kasih teman, atas segala susah payah, atas segala yang aku terima dan atas rasa prihatin yang amat-amat aku hargai. 11 Mei itu memberi makna besar dalam hidup aku.

Ingin Aku Kalungkan Semuanya

Atas penghargaan itu
Segala serba merah jambu
Aku sebetulnya amat terharu
Sesekali menjadi buntu dan malu

Teman andai kalian ingin tahu
Semua itu aku tidak perlu
Cukup dengan apa yang kita lalu
Cukup bila hati menjadi satu

Satu hari yang begitu sempurna
Lewat gelak tawa gurau senda
Mengisi hari-hariku nan bahagia
Melengkapkan mimpi menjadi nyata

Tanggal ulangtahun kelahiran
Tersimpan beribu kenangan
Setiap satu terbingkai dan dipotretkan
Sebagai makna sebuah persahabatan.

Teman
Ingin aku kalungkan semuanya
Setiap pemberian yang kuterima
Setingginya ruang angkasa...di atas sana.


Sangdewi.11 Mei 2003.