~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Friday, June 27, 2003

24 JUN

Bangun pagi lagi sebab `dia' ada pc di RTM. Jumpa dengan warga Jepun hari ni. Semua berlangsung dengan baik dan bila dah tamat pc tu aku dah tak sabar nak makan meehoon soto yang dihidangkan. Letak kuah kicap hitam yang pedas tu 6 sudu...sampai orang kat sebelah aku kata, banyaknya...pedas tu. 6 sudu tu pun tak pedas lagi sebenarnya. Aku makan sampai habis....rasa nak tambah tapi segan.

Dah beberapa hari `dia' mengadu sakit tekak, nak batuk dan selsema. Ingatkan dah jumpa doktor, rupanya belum lagi. Lepas makan tu, aku, Papa dan `dia' cari hospital yang berdekatan sebab pukul 3 petang nanti perlu ke RTM lagi untuk latihan acara malam esok. Ada teman yang rekemenkan pergi ke JMC di Bangsar. Akhirnya kami ke situ. `Dia' beria-ria nak jumpa doktor pompuan sebab nak ambil suntikan supaya boleh sembuh dengan segera. Malam esokkan ada acara, jadi perlu rawatan yang lebih cepat mujarabnya.

Bila dah jumpa doktor, tak jadi ambil suntikan kerana doktor sarankan masuk air saja. 2 jam `dia' dimasukkan air, tak mengapalah boleh berehat, tenangkan fikiran. Aku dan Papa menunggu, bila dah bosan pergi stesen BP berdekatan, beli aiskrim. Teringin makan aiskrim sebab soto yang aku makan pagi tadi dah aku muntahkan. Tiba-tiba je muntah, iskhhh.

Bila `dia' dah selesai dimasukkan air, kami cari kawasan yang paling sesuai untuk makan tengah hari. Pilih BSC.....makan kat Delifrance je. Lepas makan terus ke RTM. Buat latihan hampir 1 jam setengah dan seterusnya aku hantar `dia' ke pejabat. Aku dan Papa terus ke hospital kerana aku dah beberapa hari terlewat buat untuk rawatan kesihatan aku.

Bulan lepas doktor ambil darah aku, kali ni aku dah dapat repotnya. Doktor pelik, bila kondisi aku yang lain2 ok tapi katanya aku tak ada antobodi. Jarang sangat orang tak ada antibodi katanya. Huwaaaa.....aku pun macam tak percaya. Sesapa tau pasal ni, beritahu aku ye. Nak tau gak mengapa takde antibodi dan apa akan jadik jika tak ada dan akibat2nya. Pelik..pelik. Doktor suruh aku ambil suntikan selepas melahirkan nanti.

Balik dari hospital, singgah beli nasi lemak dan roti. Beli dalam hujan. Balik ke rumah dan tak keluar sampai malam. Papa melayan main pool dengan orang yang mengaku terer sangat. Akibatnya orang tu kalan 5-4. Dahlah kalah, nak mengaku menang, undang2 games tu pun dia tak tau. Hehehehheeh.

Tengah dorang sibuk main pool, heheheh..idola aku..SJ...telefon. Heheheh.Layan dengan habis baik. Aku pun buat suara paling lembut dalam dunia.Ada projek SJ untuk `dia'........aku apa lagi..nak aturkan pertemuan dengan SJ untuk perbincangan lanjut.Suka hati!

25 JUN

Saja nak berehat di rumah dan tak mahu ke pejabat pada sebelah pagi. Tengah hari baru keluar rumah, makan dan bawa `dia' ke RTM. Hari ni ada latihan lagi dan malam nanti baru acara berlangsung.

Petang-keluar ke Pantai Dalam, bungkuskan makanan. Sambil menunggu `dia' bersiap aku, Papa dan staff makan. Bila dah bosan, lepak2 dalam kereta, dengar ceramah agama. Hehhehe. Bila dapat tahu ada 3 dara pingitan tersadai kat surau, rasa kesian pulak. Masa tu hujan, aku dan Papa jemput dorang ngan kereta.

Lepas tu sembang2 dalam kereta, barulah masuk ke AP ikut pintu belakang. Baguslah dapat masuk awal, tak payah nak berebut2 nanti. Tinggalkan mereka di AP dan aku terus jalankan tugas di belakang tabir.

Malam-Acara bermula. Berlangsung dengan baik. Bila habis je aku join 4 dara tadi makan2. Balik rumah dengan rasa letihnya.

26 JUN

Sengaja aturkan tugasan `dia' pada sebelah tengah hari. Biar `dia' cukup rehat dan berwajah segar. Pukul 12 tengah hari, aku dan Papa bawa `dia' ke tempat tugasan.

Rentetan kisah aku pada hari ini tidak jauh bezanya dengan tarikh ini tahun lalu. Aku terpedaya dengan satu janji dan aku ditipu lagi. Satu pengakuan dibuat tapi sukar untuk aku menerima. Pengakuan yang menunjukkan kesalahan dan kelemahan diri. Masih belum berubah...ohhhh.......peritnya.

Kerisauan juga terhadap PSNN yang berada di kampung. Abang ipar aku datang ke rumah, bercerita tentang PSNN walaupun dah dibawa berjumpa doktor tapi aku tetap risau. Sangka aku lebam biasa rupanya lebam yang berwarna hitam pekat. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku...tapi aku tak punya masa untuk pulang ke KL kecil buat masa ini. Risau...risau...risau....

27 JUN

Ada temujanji di HJM. Perut lapar sangat sebab belum breakfast lagi. Sampai kat HJM, aku dan Papa diajak ke restoran mewah yang hanya menyajikan masakan ala itali, chinese dan japanese. Eiiiii....tak selera. Dahlah lapar, rasa macam nak muntah dah. Demi menjaga hati orang yang pelawa kami ke situ, aku order nasi putih dengan cili api dan juga ayam masak cili kering campur lada hitam. Makan jugaklah sebab ada cili api dan seterusnya order buah mangga sebagai pencuci mulut.

Lepas bincang ingatkan terus nak ke pejabat, kunci tak ada pula. Balik rumah dulu dan selepas sembahyang Jumaat barulah ke pejabat. Menyiapkan apa kerja yang tertangguh. Hari yang amat penat sebab badan bertambah lesu. Tak ada tenaga.

Monday, June 23, 2003

21 JUN

Alangkah bestnya hari cuti. Walaupun malam ada kerja tapi bila dapat peluang lama sikit duduk di rumah, seronok pula rasanya. tak ada apa yang dilakukan cuma keluar makan dengan Papa lepas tu balik semula ke rumah. Lepak depan tv saja. Memang nak tengok sangat penutupan Perhimpunan Agung UMNO sebab nak dengan ucapan PM. Masa tu hujan lebatlah pulak, bila dah guna Astro kat rumah...faham2 sajalah, sekejap siaran ok, sekejap tak ok. Iskhhh..mengapalah masa ni pulak nak hujan. Nasib baik bila tiba ucapan PM, takde gangguan siaran lagi.

Lepas je menonton ucapan PM, aku keluar lagi dengan Papa, pergi makan. lepas tu baru ambil `dia' untuk ke tempat tugasan di BJ. Tiba sejam lebih awal dari jangkamasa acara. Selepas tengah malam baru acara selesai.

Bila tidak berupaya berterus terang, kita akan jadi berhemah kerana dalam masa yang sama tidak ada hati lain yang gundah dan kita lebih beralah.

22 JUN

Cuti...cuti...cuti. Hajat nak balik kampung terbantut sebab bimbang PSNN akan kecwa kerana kami tak dapat membawanya pulang ke KL besar lagi. Bilalah PSNN ni nak balik, rindu sangat dah. Bila tak ada apa nak dibuat, aku dan Papa menonton tv saja. Banyak program menarik pada hari minggu. Lepas tu Papa ada temujanji kat luar.

Malam-Pergi ke majlis persandingan E & Y. Datang lewat sikit, nasib baik majlis masih belum bermula. Duduk di meja paling hadapan, mengadap pelamin lagi. Semua berjalan lancar dan `dia' juga turut menghadiahkan `sesuatu' kepada pasangan mempelai. Ingatkan bila habis majlis tu bolehlah nak bersalam-salaman dengan pengantin, tapi `dia' pulak kena serbu. Nak buat macam macam mana, tak sempat jumpa pengantin.

Tidak mudah menyatakan rasa hati jika segalanya harus disembunyi kerana yang aku perlukan kau memahami dan bukan terus bertanya mengapa jadi begitu dan mengapa harus begini.

23 JUN

Setelah lama tak jejak pejabat, hari ni aku pergi juga sebab dah banyak sangat mesej aku terima nak itu dan nak ini. Tiba di pejabat, mentua aku telefon dan beritahu PSNN jatuh katil, lebam kat mata dan mata jadi sepet. Tiba-tiba aku angin satu badan sebab hari2 aku telefon, tak ada sapa yang beritahu aku PSNN jadi macam tu. Aku pun telefon ke rumah keluarga aku, dan tanya R mengapa tak beritahu aku. Kata R dia ingatkan dah ada orang beritahu aku.

Iskhh..jadi bertambah rindu kat PSNN.

Friday, June 20, 2003

19 JUN

Malam semalam habis lewat juga di lokasi. Balik ke bilik hotel terus tertidur walaupun Papa dah kejutkan beberapa kali supaya cuci muka dan cuci kaki dahulu. Aku entah sampai ke alam mana dah masa tu, tak larat sangat.

Terjaga pukul 5am, awalnya. Sambung tidur dan bangun pada jam 6.30am untuk sambung tugasan terakhir hari ini. Boleh bersantai lama sikit di hotel kerana pukul 9am baru bertolak ke lokasi. Sempat breakfast dahulu.

Tiba di lokasi di CT, kawasan berbukit dan tempat orang2 elit tinggal. Hijau je tempat ni. Hampir 5 jam di lokasi ini seterusnya bertolak ke bangunan pejabat di sebelah MV.

Makan2 dengan kenyangnya di lokasi 2 dan selepas itu aku ke MV atas arahan `dia' untuk membeli keperluannya bagi malam ini. Acara malam ini tak dirancang awal jadi `dia' tak membawa keperluan tersebut.

MV tempat yang agak jarang aku pergi. Besar sangat tempat ni dan rasanya tak pernah aku pergi sorang2. Letihnya nak mencari semua keperluan tu dan kaki aku pun rasa lenguh dan sakit. Hampir 3 jam jugaklah aku nak dapatkan semua benda ynag `dia' nak. Masuk dari satu kedai ke satu kedai. Dari satu butik ke satu butik. Hanya mahu warna hitam. Fuh! Payahnya nak cari. Akhirnya dapat jugak apa yang `dia' nak.

Malam-Selepas habis tugasan, `dia' bersiap2 pula untuk ke acara `surprise' malam ini. Ada Apa Dengan..........????? Diadakan di sebuah cafe di MV sahaja. Bila semua orang dah siap, dah berkumpul, dari bangunan pejabat sebelah MV, kami semua bertolak ke cafe tersebut. Buat macam biasa, jalan macam biasa, bodyguard pun tak gaya bodyguard, buat macam kawan2 supaya orang ramai yang ada di MV tak perasan.

Walaupun ada jugak yang nampak terkejut2 masa kami dalam perjalanan ke cafe tu sebab apalah `dia' dan........dan aku yg macam SJ ni buat kat MV tu.

Akhirnya sampai juga ke cafe dan memberi `surprise' kepada tetamu media. Heheheh..ramai yang marah2 aku sebab merahsiakan perkara ni tapi nak buat macam mana sebab aku dah diminta untuk merahsiakan.

Selepas itu semua yang terlibat ada sesi temubual dan seterusnya makan2. Hampir jam 11pm, semua selesai dan kami minta diri untuk pulang ke rumah setelah 3 hari tak balik. Seronoknya.

Ada Apa Dengan Rahsia? Ada Apa Dengan 3 Hari? Jawabnya......`Dia' menjalani penggambaran vc tajaan syarikat telekomunikasi itu untuk lagu DC. Kali ini hero AADC yang bernama R itu menjadi sebahagian daripada vc DC.

R atau NS itu sebenarnya adalah kejutan untuk `dia'. Mulanya `dia' pun tak tahu apa2 dan harapnya tidak timbul cerita bukan2. Bukan `dia' dan NS saja dalam vc ini kerana gadis 3R juga terlibat. Mereka jadi lima sahabat. VC ini aku kira ada kelainan daripada seorang pengarah muda yang berbakat. Ada perubahan imej lagi kali ini.

Sepanjang penggambaran, walaupun letih aku fikir `dia' mendapat banyak pengalaman baru. Setiap pengalaman berguna dan mematangkan. Tunggu saja vc ini Julai nanti.

20 JUN

Bangun awal dari waktu yang dijangkakan. Bila buka saja mata terus fikir hendak memasak sebab sejak beberapa hari lalu Papa asyik kata tak berselera nak makan kat luar. Tengok apa yang ada dalam peti ais, akhirnya aku masak, ikan masin cili api, sambal telur dan goreng saja ikan bilis.Emmmm.....menjilat kaki!

Wednesday, June 18, 2003

17 JUN- Bermula episod sibuk dan meletihkan untuk 3 hari ke hadapan ni. Bangun begitu awal, pukul 6am dan terus bersiap-siap untuk ke lokasi di SA. Semuanya dimulakan dengan lancar walaupun kena menunggu agak lama. Tugasan `dia' bermula jam 9am hingga 2pm. Berehat makan tengah hari dan seterusnya ke satu lokasi lain pula berhampiran CM.

Sambil2 bertugas, aku dan Papa curi masa ke CM sebab dah terlalu lama tak pergi. Kali terakhir masa aku nak mencuba naik lrt ditemani 2 capri dulu, lepas tu rasa CM ni best sangat. Banyak gerai2 dibuka di hadapan CM dan aku pergi meninjau2 dan beli apa yang boleh dimakan.

Seterusnya ke lokasi tugasan semula. Lama di sini, hingga jam 12 tengah malam. Bayangkan letihnya menunggu. Esok kerja menanti lagi. Penat tapi bila sampai di EH tak boleh nak tidur pulak. Buka laptop tapi malas lagi nak update blog. Bila mata dah tak tahan sangat, barulah tidur.

Hehehehe..ramainya merisik apa kerja aku 3 hari ni. Rahsia...tak boleh bagitau lagi.

18 JUN

Tahu betap siksanya nak bangun pagi bila semalam dah tidur lewat. Dahlah semalam habis tugasan lewat, takkan hari ni nak dimulakan pada sebelah pagi juga. Nak buat macam mana, dah kerja namanya. Bersiap-siap dan pukul 7am terus ke lokasi di PJ. Beberapa kali tersesat dan akhirnya jumpa juga tempat nak dituju.

Bila bosan menunggu, aku ajak Papa keluar makan dan selepas tu ke lokasi semula. Jam 12.30pm, tugasan 1 hari ini selesai. Aku singgah di EH sebelum ke lokasi 2 pula. Sambil tu aku update blog ni. Sempay ym dengan beberapa teman yang ada. Risik rahsia????? Sabar...sehari je lagi. Lusa atau malam esok korang taulah. Sabar yer.

Lepas ni nak ke lokasi 2 pula, mungkin sampai malam. Harapnya malam ini habis lebih awal dari semalam. Penatlah kerja berturut2 macam ni. Iskhh..mana boleh mengeluhkan.......takpe, teruskan je.

Tuesday, June 17, 2003

14 JUN

Bangun pagi perut terus lapar. Makan apa yang ada di rumah. Lepas tu Papa keluar pula beli makanan. Makan lagi. Rasa mengantuk sangat hari ni, tak bermaya tapi petang nanti dah kena ada di RTM untuk acara pada sebelah malamnya.

Petang-Ke RTM. Bersedia dalam semua segi. Menguruskan itu dan ini. Selagi ada masa, selagi itu boleh diperbaiki. Tidakbegitu tension untuk acara malam ini kerana semuanya berjalan dengan baik malam semalam. Cuma 2-3 perkara sahaja perlu diambil perhatian.

Malam-Bila `dia' sudah bersedia dan acara bakal bermula, mentua aku tiba. Kali ini beliau turut datang memberi sokongan, tidak seperti selalu yang hanya selesa duduk di rumah. Acara berlangsung dan aku seperti biasa kelam kabut di belakang tabir. Masa 3 minit itu begitu berharga untuk menukar persalinan ke persalinan `dia'.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan aku fikir semua juga terhibur. Malam ini tidak seperti biasa, aku tidak dapat keluar makan bersama teman2. Almaklum sajalah, mentua ada di sini.

15 JUN

Seperti biasa, bangun pagi mesti rasa lapar. Makan Maggi walaupun tak mahu sebenarnya tapi itu sajalah yang aku rajin nak masak. Bila Papa dah bangun tidur barulah pergi ke JJ Maluri untuk makan tengah hari dan membeli belah apa yang patut.

Balik dari JJ, berehat saja di rumah sementara menanti malam kerana `dia' ada tugasan. Tugasan `dia' bermula jam 9 malam sepatutnya tetapi bermula agak lewat pula iaitu hampir jam 10 malam. Akibatnya habis lewat iaitu jam 12 tengah malam.

Sementara menunggu `dia', ada teman datang menghantar barang pesanan. Sambil2 tu minum dan hilang juga bosan menunggu.

16 JUN

Ke SA kerana `dia' ada tugasan di RMS. Tak sangka terserempak dengan sorang budak yang baru balik dari jauh. Katanya melambai, dah terlambat untuk aku perasan lambaian tu tapi nampak jugaklah wajahnya. Kecil je dunia ni, boleh berjumpa di mana-mana.

Tugasan di RMS sampai jam 1 tengah hari. Selepas tu ke satu lagi tugasan sekitar PJ sebelum ke EH untuk sesi tugasan lain pula. Lama juga di EH, jam 9 malam baru dapat pulang ke rumah. Berehat sekejap, kemas2 barang, dan kami pergi semula ke EH untuk bermalam di sini beberapa hari.

Aduh....dapat rasakan kerja 3 hari ini nanti akan mengundang keletihan. Dahlah kena bangun sebelum pukul 6 pagi, mungkin pukul 8-9 malam baru habis tugasan. Begitulah rutin aku untuk tiga hari ini nanti. Aku tidak berada di rumah sebaliknya tidur di EH. Laptop ada bersama.....senangnya...tak ada masalah lagi. Oh! Ya, apa tugasannya..nantilah aku beritahu dan kalian pun tentu akan tahu nanti.

Tersentak dengan satu pelawaan, hampir setahun diberi janji dan berjanji...bila tiba harinya......aku cuma dipelawa untuk itu.Ohhhhh.....begitu....

Friday, June 13, 2003

12 JUN

Iskhhh..asyiklah menguap hari ni. Letihnya menguap. Tak sampai 5 saat dah menguap lagi..pastu menguap lagi. Sebenarnya letih juga menguap nih. Mengapalah lemah sangat badan hari ni.

Hari ni hari kedua latihan `dia' di RTM. Kalau nak pergi RTM memang kena pakai baju tebal2. Aku pun dah bersiap setebal2nya macam orang eksimo tapi lupa nak pakai stokin. Sejuk sangat tempat ni sampai rasa dalam tulang sum-sum.

Makan je kerjanya hari ni. Tadi beli kuih muih dan makan...makan..makan...makan. Berehat sekejap..lepas tu pergi makan. Itulah kerjanya hari ini. Kalau dah duduk di tempat yang sejuk, perut memang asyik lapar saja.

Hari ini latihan boleh dikatakan lebih baik daripada semalam. Adalah beberapa perkara yang harus dilancarkan lagi. Harap2nya esok makin baik.

Bila dah habis latihan pada sebelah malam, Papa teringin lagi nak makan sup lidah. Manalah nak cari benda alah tu. Dah 2 hari Papa makan kat LK. Hari ni takkan nak pergi LK lagi sebab tekong kat situ tak ada, dia pergi jauh. So..tak ada tekonglah malam ni.

Akhirnya singgah makan kat AT je. Senang cerita. Balik rumah rasa mengantuk sangat. Semalam dahlah frust sebab tak dapat tengok siri Alias, geram betul.



13 JUN

Hari ni kalau nak dikirakan hari jadi blog aku `Sangdewi-Dari dalam Diri' yang pertama. tapi ada orang kata tak boleh nak sambut sebab jangka hayat blog tu tak sampai pun setahun. tapi yang pasti blog aku yang baru ni kira anak kepada blog yang lama...masih ada kat simpanan arkib dan bolehlah kalau nak sambut pun.

Yang pastinya tarikh ini pada tahun lalu, aku berada di Jakarta. Bermula dengan pujuk memujuk, akhirnya dalam tempoh masa sejam lebih, aku berjaya membuat blog yang pertama itu. Apa2pun..selamat ulangtahun!



Kunci jam awal sebab ada hal di pejabat. Hari ni ada orang nak temubual aku. Walaupun dah berkali-kali menolak tapi kali ni dah tak ada alasan. Hiskhh..janganlah buat kesilapan lagi, selalunya bila dah muncul kat mana2, baru rasa malu sangat...dan mulalah terfikir mengapa aku setuju nak buat dan macam2 . Selalunya paling tak suka bila nak baca balik apa kenyataan yang kita buat. Biasanya yang tertulis bukan macam ayat yang keluar dari mulut kita, dah tu bila diubah sikit adakala lain maknanya dan adakalanya boleh buat kita malu sendiri.

Wednesday, June 11, 2003

Hari jadi aku yang ke 29 tahun 1 bulan. Selamat hari jadi untuk diri aku sendiri. Korang taknak wish aku ke? Sejak dulu lagi, bagi aku no.11 ni best. Bulan apa2 pun tak kisah, janji ada no.11. Masa aku sekolah rendah dulu, punyalah bodoh..berebut nak dapat no.11 dalam kelas. Kalau dapat no.1 pun rasa nak dapat no.11 (heheheh..saja nak cakap aku asyik dapat no.1).

Setiap orang ada nombor bertuah masing2. Kalaupun nombor tu tak bertuah, mungkin menjadi nombor kegemaran. Selalunya nombor kegemaran/bertuah akan bersangkut paut dengan tarik kelahiran, tarikh pertemuan yang manis dikenang dan macam2 lagi. Aku dapat tau, PM kita pun suka dengan nombor 11. Sebab itulah kalau ada apa2 acara besar untuk PM, beliau akan pilih no.11. Aku dengar cerita oranglah..tak taulahkan betul ke tak.

Bulan ni bulan ulangtahun kebanyakan blog. Aku dikatakan tak boleh sambut ulangtahun blog aku pada 13 Jun ni sebab aku dah berhentikan blog tu sebelum tarikh tersebut. Ler..tak boleh sambut ke?

Pagi-Biasanya lena aku terganggu bila dengar bunyi hp. Lepas tu pulak bunyi telefon rumah. Aduh! Bingit telinga. Kena pergi opis pulak, Papa ada temujanji.
Aku menyiapkan apa yang patut sebelum ke tugasan bersama `dia' petang ini.

Lupa nak cakap, semalam teman aku yang selalu bekerjasama dengan aku MO dah pun masuk Islam. Semalam sebelum pergi mengucap dua kalimah syahadah, dia telefon aku dahulu. Katanya berdebar2 nak pergi tetapi dia rasa happy sangat. Bila dia dah dalam perjalanan balik pula, dia call aku lagi. Katanya dia dah jadi muslim dan hatinya rasa begitu tenang. Bergaya dia dengan baju Melayu putih. Selamat datang saudara baru..... MO yang kini namanya dah jadi O sahaja.

Tuesday, June 10, 2003

Sejak beberapa hari kebelakangan ni, nyamuk gemar betul menggigit aku. Memula nyamuk dari rumah TP yang gigit aku, ada tiga baris gigitan nyamuk kat muka aku dan 18 bintik gigitan kat tangan serta 26 gigitan kat kaki. Sabar je.....Aku ingat boleh baik cepat atau makin hari makin baik dan takde bintik merah lagi tapi hari ni dah masuk hari kelima, makin teruk aku tengok. Geramnya.

Ada petua tak camana nak hilangkan bintik2 nyamuk ni???

Hari ini aku duduk di pejabat saja. `Dia' ada kerja di SA, aku memang kebelakangan ni malas nak bangun pagi. Papa je yang pergi dan aku terus je ke pejabat. Siapkan kerja `dia' untuk acara Sabtu nanti.

Esok hari jadi aku yang ke 29 tahun 1 bulan....ada hadiah2 pink lagi ke???? Hhehehehehe.

Monday, June 09, 2003

7 JUN

Malam semalam aku terpaksa menghantar PSNN dan R ke KL kecil, rumah keluarga aku. Oleh kerana kakak aku yang biasa jaga emak aku kalau adik beradik lain bekerja dah dapat tender berniaga di kantin, mereka minta aku pinjamkan R untuk menengok2kan emak aku.

Walaupun serba salah nak melepaskan R kerana susah juga kalau R tak ada untuk menguruskan keperluan aku dan Papa di rumah dan juga rasa malas nak berpisah dengan PSNN tetapi aku terpaksa. Kesian juga kalau nak dibiarkan emak aku tinggal sorang diri kat rumah.

Hari ini pula memang ada perancangan pada sebelah petang di mana aku terpaksa menemani `dia' ke IN. Papa tak mahu ikut serta dengan alasan tak mahu pakai pakaian yang telah digarispanduankan.Heheheh.

Bila ada rancangan lain pula, tak jadi ke IN. Kemudian aku menemani Papa ke TP untuk satu temujanji kemudian berjumpa seorang teman di situ. Sejak pagi tadi lagi aku rasa tak sedap badan. Dalam perjalanan ke TP aku muntah dalam kereta. Iskhhh.....apasal ni. Lepas temujanji aku ke G dengan teman untuk beli kain. Kemudian terus ajak Papa balik sebab aku rasa macam nak demam je badan ni.

Papa kata aku kena ambil angin, kena rehatkan minda dan Papa ajak aku ke tempat driving range. Walaupun malas, tapi aku ikut juga. Duduk di situ memang tenang tapi bosan menunggu. Nasib baik ada bawa majalah, bolehlah dibaca.

Lepas balik dari driving range, Papa ajak aku singgah di fun fair. Katanya nak mengubat rindu pada PSNN. Pusing2 kat situ, main apa yang patut, banyak jugak dapat hadiah. Tunggu acar Bingo pula, bila orang dah ramai baru acara tu dimulakan. Sebagai menarik perhatian ramai orang, cina tempat jaga Bingo suruh kami main tanpa bayaran. Tak sangka pula, aku dapat Bingo. Hadiahnya cuma sebatang pen sebab itu acar permulaan, tanpa duit. Bila masuk giliran seterusnya, memang tak bernasib baik. Papa memang tak putus asa, ajak lagi aku main sehinggalah dapat Bingo. Aku pilih hadiah play station untuk PSNN. Kalau dia ada tentu gembira.

Balik rumah, lepak dan mahu tidur secukupnya. Sebelum tidur tengok cerekarama `Cinta Si Penggali Kubur' sama Papa. Hehhehe....sama2 menangis.

8 JUN

Bangun pagi untuk bertolak ke I kerana `dia' ada acara. Pukul 1 lebih tengah hari baru sampai ke I. Rehat saja di bilik hotel dan aku tak ikut untuk acara petang itu. Bila bangun tidur petang itu, barulah rasa best, rasa sihat sikit. Aku memang kena cukup tidur baru badan rasa selesa.

Acara `dia' pada malamnya, baru aku ikut. Habis jam 10.30 malam. Selepas tu terus balik ke hotel, berehat dan makan. Hampir jam 1 pagi, kami bertolak balik ke KL. Jam 3.30 pagi, aku sampai di rumah. Hampir jam 5 barulah boleh lelapkan mata.

9 JUN

Bangun lewat akibat tidur lewat. Bangun tidur je terus rasa lapar yang amat sangat. Malas nak kejutkan Papa untuk beli makanan. Malas pula nak masak sebab tinggal berdua je. Bila dah tak tahan sangat, aku masak Maggi. Kemudian suruh Papa belikan roti.

Banyak urusan hari ini. Ada jumpa orang tu, orang ni, orang nun. Semuanya bermula petang ini sampai malam. Esok hingga hujung minggu aku dah sibuk, semuanya perlu diselesaikan hari ini. Fuh!!!

Malam-Lepas meeting terakhir, Papa bosan dan tak tahu kalau balik rumah nak buat apa. PSNN pun takde. tetiba ada plan lain, pegi kat satu tempat yang begitulah ulunya...begitulah gelapnya....begitulah takde lampu neon....takde coverage utk hp...iskhh..iskhh.....

Makan2 kat situ dan aku jadi ikan duyung. Bila balik ke rumah, Papa ajak tengok filem Mistik, memula memanglah besar hajat nak tengok, tak sampai setengah jam, takut....tutup je cerita tu.
7 JUN

Malam semalam aku terpaksa menghantar PSNN dan R ke KL kecil, rumah keluarga aku. Oleh kerana kakak aku yang biasa jaga emak aku kalau adik beradik lain bekerja dah dapat tender berniaga di kantin, mereka minta aku pinjamkan R untuk menengok2kan emak aku.

Walaupun serba salah nak melepaskan R kerana susah juga kalau R tak ada untuk menguruskan keperluan aku dan Papa di rumah dan juga rasa malas nak berpisah dengan PSNN tetapi aku terpaksa. Kesian juga kalau nak dibiarkan emak aku tinggal sorang diri kat rumah.

Hari ini pula memang ada perancangan pada sebelah petang di mana aku terpaksa menemani `dia' ke IN. Papa tak mahu ikut serta dengan alasan tak mahu pakai pakaian yang telah digarispanduankan.Heheheh.

Bila ada rancangan lain pula, tak jadi ke IN. Kemudian aku menemani Papa ke TP untuk satu temujanji kemudian berjumpa seorang teman di situ. Sejak pagi tadi lagi aku rasa tak sedap badan. Dalam perjalanan ke TP aku muntah dalam kereta. Iskhhh.....apasal ni. Lepas temujanji aku ke G dengan teman untuk beli kain. Kemudian terus ajak Papa balik sebab aku rasa macam nak demam je badan ni.

Papa kata aku kena ambil angin, kena rehatkan minda dan Papa ajak aku ke tempat driving range. Walaupun malas, tapi aku ikut juga. Duduk di situ memang tenang tapi bosan menunggu. Nasib baik ada bawa majalah, bolehlah dibaca.

Lepas balik dari driving range, Papa ajak aku singgah di fun fair. Katanya nak mengubat rindu pada PSNN. Pusing2 kat situ, main apa yang patut, banyak jugak dapat hadiah. Tunggu acar Bingo pula, bila orang dah ramai baru acara tu dimulakan. Sebagai menarik perhatian ramai orang, cina tempat jaga Bingo suruh kami main tanpa bayaran. Tak sangka pula, aku dapat Bingo. Hadiahnya cuma sebatang pen sebab itu acar permulaan, tanpa duit. Bila masuk giliran seterusnya, memang tak bernasib baik. Papa memang tak putus asa, ajak lagi aku main sehinggalah dapat Bingo. Aku pilih hadiah play station untuk PSNN. Kalau dia ada tentu gembira.

Balik rumah, lepak dan mahu tidur secukupnya. Sebelum tidur tengok cerekarama `Cinta Si Penggali Kubur' sama Papa. Hehhehe....sama2 menangis.

8 JUN

Bangun pagi untuk bertolak ke I kerana `dia' ada acara. Pukul 1 lebih tengah hari baru sampai ke I. Rehat saja di bilik hotel dan aku tak ikut untuk acara petang itu. Bila bangun tidur petang itu, barulah rasa best, rasa sihat sikit. Aku memang kena cukup tidur baru badan rasa selesa.

Acara `dia' pada malamnya, baru aku ikut. Habis jam 10.30 malam. Selepas tu terus balik ke hotel, berehat dan makan. Hampir jam 1 pagi, kami bertolak balik ke KL. Jam 3.30 pagi, aku sampai di rumah. Hampir jam 5 barulah boleh lelapkan mata.

Friday, June 06, 2003

4 JUN

Pukul 5.30 pagi dah bangun sebab ada tugasan kat area Bangsar pada jam 7 pagi. Sampai kat lokasi tu, ada 2 ekor anjing besar menunggu. Sakit hati betul! Lokasi di rumah orang, aku paling tak suka. Nasib baik tuan rumah ada sekejap saja, lepas tu dia pergi kerja.

Aku memang mengantuk sungguh pagi ini. Dahlah sakit menahan B masih belum reda. Beberapa kali aku tersengguk sambil menunggu `dia' menghabiskan tugasannya.

Tengah hari pula, berpindah lokasi tugasan ke BBD. Tempat yang pernah aku datang untuk latihan HMI yang lalu, ada tangga tinggi dan melelahkan kalau naik.Betapa tak selesanya aku dengan tempat tu sebab tak ada tempat duduk. Dahlah penyakit B ni memerlukan aku duduk di tempat yang empuk2.

Bila `dia' memulakan tugasan, aku dan Papa ambil keputusan untuk keluar dari tempat tu dan duduk dalam kereta. Sambil2 tu beberapa kali pusing BBD kerana bosan. Bila dah petang sikit, `dia' telefon sebab nak makan kuih. 1 jam aku dan Papa pusing keliling BBD tapi tak ada orang jual kuih. Pelik betul! Masuk dari satu kawasan rumah ke satu kawasan rumah, akhir sekali jumpalah sorang makcik dengan anak dia jual kuih.

Bila balik ke lokasi, aku tak larat nak mendaki tangga. Tunggu `dia' di bawah sehingga habis tugasan. Tak sabar nak balik rumah sebab nak buat pembedahan lagi.

Ingatkan dapat balik rumah awal, banyak hal pulak lepas tu, hampir jam 12 tengah malam barulah sampai ke rumah aku.

Pembedahan bermula. Lokasi B di rahsiakan. Hasil daripada pembedahan tersebut, aku fikir hampir berjaya. Menahan sajalah rasa sakitnya. PSNN yang pada mulanya menjadi pereda kesakitan aku, tiba2 emosional pulak. Agaknya dia takut tengok aku terjerit2. Sakit!

Bila dah habis pembedahan tu, aku rasa reda sikit. Aku harap esok aku dah ok, kalau tidak rasa tersiksa sangat. Taknak lagi ada penyakit B macam ni.

5 JUN

Akibat keletihan beberapa hari kerja pagi dan tak cukup rehat, aku memang bangun lewat dan berehat sikit pagi ini. Rasa lega sebab tak perlu berkejar2 ke sana-kemari pada sebelah pagi cuma menjelang tengah hari ada beberapa tugasan menunggu.

Ada perbincangan yang harus disegerakan dan aku kemudiannya bergegas ke RTM untuk hal lain pula. Bila balik ke rumah, perbincangan di sambung. Bezanya kali ini meeting dibuat di rumah sahaja supaya lebih santai dan banyak masa.

Bila meeting dah habis, aku pergi melawat rumah baru, fikir macam2 benda termasuk nak warnakan bilik tidur aku dengan warna pink. Berubah muka Papa bila aku cakap macam tu. Heheheh.

Malam pulak, bawa R dan PSNN ke fun fair yang berdekatan dengan rumah. Hehheh..kali ni dah tak malu sebab fun fair dah dibuka. Rasanya best sikit fun fair yang kat sini berbanding BBA.

Permainan Bingo aku dengan Papa menghampakan, satu Bingo pun tak dapat. PSNN biasalah semua benda dia nak naik, kuda, angsa, kereta, helikopter...semua dia nak rasa. Seronok bila tengok dia seronok.

Dapat jugaklah beberapa hadiah kecil, ada key cahin, ada pen, ada kereta mainan, ada ubat gigi dan beberapa hadiah lagi.

6 JUN

Alangkah seronoknya bila dapat berehat di rumah pada waktu pagi. Tengah hari nanti baru nak pergi ke pejabat.

Iskhh dapat call dari `dia' pulak, nak ke GEM di A. Hehheh..lama tak shopping,bolehlah pergi.

Tuesday, June 03, 2003

1 JUN

Hari minggu hari lepak2 di rumah. Seronoknya bila ada hari cuti. Masa dihabiskan di rumah. Tengok tv, pening2 dan kepala dipicit, sakit2 perut, berulang ke tandas dan itu adalah antara rutin hari ini.

Menjelang malam, ke hotel JWM untuk check in. Esok ada tugasan pagi di sekitar hotel ini. Sakit perut lagi dan lagi dan lagi. Iskhhh..makan apa ni!

2 JUN

Pagi2 lagi dah bangun dan dibangunkan. Ada kerja dengan `dia'. Bila urusan tentang persiapan diri selesai, kami makan dahulu sebelum ke lokasi berdekatan.
Bila `dia' memulakan acara, aku mohon diri ke satu meeting di OC. Daripada meeting soal kerja jadinya cerita2 peribadi pulak. Dia ni bagi aku salah seorang tempat meluah rasa. Banyak yang dia faham tentang situasi aku.

Bila habis meeting, aku ke lokasi `dia' lagi. Tunggu hingga kerja selesai, berehat sekejap dan tugasan dimulakan lagi di satu tempat berdekatan. Letihnya hari ini hanya Tuhan yang tahu. Rasa dah tak larat nak berdiri. Lenguh satu badan.

Bila dah hampir Maghrib barulah kerja selesai. Balik rumah dan sebelum tu singgah di pasar malam untuk beli nasi dan lauk pauk. Malam ini kakak2, abang, anak sedara dan abang ipar aku datang. Malas nak memasak sebab letih sangat2.

Balik ke rumah dapatlah berehat sekejap. Hampir jam 12 malam, keluarg aku sampai. Ajak makan2, borak2 dan aku mohon masuk bilik. Tak tahan, nak baring2 dahulu sebelum tidur.

3 JUN

Bangun awal. Kejutkan Papa yang ada tugasan dengan abang ipar aku di pejabat imigresen. Yang lain2 ada acara shopping. Aku tak dapat join sebab ada tugasan dengan `dia'.

Iskhhh tak selesanya hidup aku hari ini akibat penyakit B yang melanda. Sakitnya...macam ada bisa pulak meresap sampai nak demam2 aku dibuatnya. Sepanjang tugasan bersama `dia', aku tak boleh nak buat apa..duduk kat satu sudut sambil menahan rasa sakit.

Bila tiba masa nak balik, aku happy sangat. Sebelum balik, singgah kat rumah aku sebab nak bawa keluarga aku tadi tengok rumah baru. Bilalah nak pindah ni.

Bila keluarga aku dah balik, aku suruh Papa jadi pakar bedah. Aduhhhh!!! Sakitnya kena bedah. Itu baru permulaan, aku rasa esok kena bedah lagi. Huwaaaaa. Tersiksa betul.