~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Thursday, July 31, 2003

23 JULAI
Bertolak ke Bandung pukul 8 pagi. Singgah makan tengah hari dalam perjalanan ke sana. Lebih kurang 4 jam dalam bas, kami sampai ke destinasi. Menginap di HS di Bandung. Dapat bilik best dan cantik sangat2.

Sempat tidur sebab keletihan dalam bas. Bila bangun petang tu, suasana sejuk sangat. Macam kat puncak Genting pulak rasanya. Bila keluar ke balkoni, nampak macam ada majlis makan malam kat taman di HS. Cantiknya dihiaskan serba putih dan tetiba rasa teringin nak buat majlis macam tu.

Malam-Kami dijemput ke majlis makan malam meraikan para peminat bertuah bertemu `dia'. Tak sangka, rupa2nya majlis tersebut dibuat di taman yang aku nampak dari bilik hotel tadi. Best suasana kat sini. Hampir 2 jam di situ, kami dibawa ke tempat acara malam esok untuk `dia' mengadakan latihan.

Rasa terharu dengan acara ini. Memberikan penghargaan khas bukan sahaja untuk `dia' malah peminat2 `dia'. Rasa bangga bila orang luar menghargai `dia'.

Latihan berlangsung agak lama, banyak perkara belum disiapkan lagi. Pukul 1 pagi (Malaysia dah 2 pagi) baru selesai. Balik tu, terus masuk bilik, tengok tv dan lena.

24 JULAI

Masa untuk shopping. Sarapan dulu di McD. Kemudian jalan2 kat dua kedai, dah kena naik bas pergi tempat lain pula. Sampai kat tempat shopping yang lain, boronglah apa yang patut. Kat kedai terakhir, baru Papa datang sebab pagi tadi dia pergi main golf. Beli beg sebab dah tak muat beg dengan barang2 yang hendak dibawa balik ke KL.

Lepas shopping balik ke hotel, makan tengah hari dan menunggu masa untuk ke tempat acara. Sebelum tu sempat tengok vcd filem seram. Tak habis tengok, kena sambung malam nanti.

Ke tempat acara, adakan latihan dan bersiap sedia untuk malamnya pula. Acara berlangsung sejam dan kemudian terus ke hotel. Sambung tengok filem seram tadi. Tidur pun rasa seram.

25 JULAI
Hari bertolak balik ke Jakarta. Asalnya bertolak awal pagi tapi biasalah kalau dah berjanji, adalah yang belum siap, sibuk mengemas lagi pun ada. Lepas semua siap, pihak pengurusan hotel pulak ajak sarapan pagi, borak2, amik2 gambar dan pukul 11.30 pagi baru bertolak keluar dari hotel.

Oleh kerana aku dah berjanji dengan mak mentua nak belikan batik, mereka beri aku masa 15 minit sahaja untuk turun ke tempat menjual batik. Orang lain semua tunggu dalam bas sahaja. Lebih 5 minit, aku ambil masa 20 minit sebab beli banyak dan orang yang membungkusnya pula lambat sangat.

Bila semua selesai, kami bertolak ke Jakarta. Oleh kerana kami bertolak dari Bandung dah lambat, semua macam takut tak sempat sampai di airport pukul 5 petang. Flight ke KLIA pukul 6.30 petang, sejam sebelum mesti kena sampai sana.

Hampir 3 jam perjalanan, singgah di Restoran Sederhana Masakan Padang sebab mak mentua aku juga kirim daging dengdeng. Daging yang disalai kering, memang sedap. Aku turun sekejap, beli sepantasnya dan naik bas semula.

Pukul 5.30 petang, kami sampai di airport. Tak banyak masa sebab kami harus masuk ke tempat boarding dengan cepat. Masa dalam flight, rasa letih juga tapi mata tak boleh tidur. Memang lapar sebab seharian tak makan, cuma sarapan pagi je kat hotel tadi. Nasib baik ada menu ayam yang terakhir dalam flight, itupun aku tukar dengan menu Papa. 2 jam je dah sampai KLIA. Lega rasanya.

Tak sabar nak tiba di rumah sebab PSNN dah ada kat rumah. Aku suruh abang aku hantar PSNN ke Bentong dan adik ipar aku ambil PSNN kat situ bawa ke KL.

Sampai di rumah, PSNN menunggu. Lepas rasa rindu. Best.

26 JULAI

Hari berehat-rehat walaupun Papa banyak sangat urusan hari ini. Aku tak ikut, duduk di rumah saja. Tengok tv dan malam biasalah tengok AF. Lepas tengok AF, aku keluar pulak ngan member, pergi makan. Diberi tugasan merasmikan ``With Love Always.......'' (dalam erti kata aku). Best..best...tahniah!

27 JULAI

Seharian di rumah. Papa main golf lagi. Rasa bengang pulak sebab asyik takde kat rumah aje. Sian PSNN...sian ibu PSNN gak. Merajuk dengan Papa sebab balik lambat.

Tengah syok tengok cerita Cina kat ntv7, blackout pulak satu kawasan rumah aku. Ingatkan sekejap je, rupa2nya sampai dekat pukul 6 pagi. Biasalah, kalau blackout mestilah panas, mandi 2-3 kali malam tu. Tak boleh tidur jugak dan aku ambil keputusan tidur atas lantai je. Bangun pagi, sakit badan.

28 JULAI

Ada tugasan pagi bersama `dia'. Lancarkan vc DC yang lalu. Habis acara tu, ingatkan nak terus balik ke pejabat, ada pulak appointment kat HJWM. 2 jam kat situ, aku ke pejabat pula. Tengok apa kerja yang patut, maklumlah lama sangat tak masuk pejabat.

Papa ke negara jiran dengan `dia'. Aku tak ikut sebab tak mahu tinggalkan PSNN lagi. Rasa sunyi bila Papa takde. Hehehhehe. Pelik, tetiba rasa camgitu pulak.

29 JULAI

Selesaikan apa kerja yang patut. Pergi ke dua pejabat hari ini. Balik tu pergi ke satu tempat makan baru. Best, selesa. Kemudian pusing2 KL dan balik rumah. Papa sampai rumah dekat pukul 12 malam.

30 JULAI

Di pejabat, buat kerja lagi. Banyak yang belum selesai. PSNN ikut ke pejabat hari ni. Jumpa orang yang nak buat rumah aku, bincang itu ini dan pukul 5 petang, Papa ajak balik. Singgah di LM, bawa PSNN jalan2 dulu. Dalam perjalanan balik ke rumah PSNN dah tertidur dalam kereta.

Malam-Aku dan Papa tak boleh tidur. Pukul 1 lebih pagi keluar, pergi makan, jalan2, hampir pukul 4 pagi baru sampai rumah.

31 JULAI

Tarikh ini pada tahun lalu banyak ceritanya. Hari aku tergesa2 menyiapkan banyak perkara dan juga mengemas itu ini untuk perjalanan jauh dan lama.

Tarikh ini yang aku ingat dan suka nak ingat:

1)Ramainya kawan2 datang hantar aku?????@ `dia' kat airport.
2)Kawan aku juga pinjamkan banyak novel supaya aku tak bosan dalam flight (novel tu masih ada pada aku, maid aku R yang selalu membacanya. Maaf kawan, tak pulangkan lagi..dah setahun ye)
3)Aku dapat hadiah dan tulisan2 yang aku suka baca. Sepanjang dalam flight, semasa berada di Kazaskhtan dan London, aku asyik tergelak je baca tulisan2 tersebut.
4)Aku tahu yang aku dirindui..........(mula dirindui)
5)Ada orang mula boleh salam ala2 orang Arab.

Semuanya masih manis untuk dikenang. Aku tak sangka dah setahun semuanya berlalu. Terima kasih atas pengalaman setahun ini.

Hari ini pada tahun ini, aku tidak ke mana2, ada di sini. Menyiapkan kerja di pejabat dan juga bentuk fizikal sudah berubah. Berbeza dengan aku setahun yang lalu.

Tuesday, July 29, 2003

Tuesday, July 22, 2003

19 JULAI

Rehat saja pada sebelah pagi. Selepas makan tengah hari barulah keluar kerana `dia' ada acara dengan sebuah stesen tv. Acara bermula awal, jam 6 petang dan tamat jam 7 malam. Selepas itu terus pulang ke hotel. Malam yang semuanya lapar, nak makan apa tengah malam macam ni? Tadi dah makan awal sebab itulah bila nak tidur baru rasa lapar. Aku boleh je bertahan dengan makan betik, yang lain makan roti yang expired datenya hari ni. Hehhehe..masih elok roti tu.

20 JULAI

Pagi ada `acara' tapi sekejap aje kerana ada shooting untuk montaj acara bagi rakaman acara malam nanti. Shootingnya di taman tepi kolam renang kat bawah bilik hotel aje. Tak tahan dengan cuaca yang agak panas, aku naik ke bilik. Setengah jam kemudian, `dia' pun balik ke bilik juga. Makan tengah hari dulu sebelum ke stesen tv untuk acara malam ini.

Sampai di stesen tv tu, menunggu hampir 1 jam untuk latihan. Kemudian di sambung pula dengan satu program live petang itu. Aku sudah diberitahu `dia' akan diberi kejutan dalam acara itu. Aku sudah diberitahu tentang kejutan itu tapi harus dirahsiakan. Acara bermula jam 5 petang, `dia' diwawancara dan kemudian menerima panggilan telefon dari salah seorang aktor idolanya di Indonesia. `Dia' agak terkejut kerana tidak menyangka aktor itu menelefonnya ke acara itu. Aku sudah tahu aktor itu ada di stesen tv yang sama dan kemudian `dia' diberi kejutan lagi bila aktor tersebut tiba2 muncul di set program itu dan turut serta dalam program yang sama. `Dia' tergamam. Aku???? Maintain aje. Hehhehe...kalau dulu kejutan untuk `dia' dari Jeremy Thomas, kali ini dari Ari Wibowo pula. Hehheheheh.

Bila habis acara, kami mengambil peluang bergambar bersama Ari. Sambung lagi latihan yang belum selesai tadi. Selepas itu, bersiap2 untuk rakaman pula. Masa begitu terhad. Malam ini `dia' menyampaikan lebih kurang 8 lagu iaitu satu program istimewa yang dibuat oleh stesen tv ini untuk `dia'. Dengarnya program itu juga mahu dicalonkan untuk satu anugerah bagi program televisyen Asia. Walaupun dalam keadaan yang agak kelam kabut dan masa yang tidak mencukupi dan berganti 5 pakaian, `dia' menjalankan tugasnya dengan tenang walaupun aku tahu memang letih. Sokongan dari penggemarnya mungkin juga suatu semangat. Malam yang indah juga, `dia' berduet bersama lagenda Indonesia, Chrisye dan seorang pendatang baru Agnes Monica. Acara tamat dengan lancar.

Pulang ke hotel, sudah jam 1 pagi. Letih.Esok perlu bertukar hotel lagi.

21 JULAI

Perlu bertukar hotel lagi kerana untuk acara seterusnya, penganjurnya berbeza. Kali ini berpindah ke HDW. Hotel bertaraf international kata orang di sini atau 5 bintang. Dalam perjalanan ke hotel, singgah di CNI Indonesia untuk bertemu pihak pengurusan dan staff di sini. Layanan yang baik dan cukup untuk membuatkan kami semua amat berbesar hati.

Terus ke hotel dan check in. Selepas check in kami semua dibawa keluar makan tengah hari di sebuah cafe. Selepas makan, kembali ke hotel dan berehat sebentar. Ada 6 orang lagi yang menyertai kami untuk acara kali ini dari Malaysia. Ketuanya ialah PN. Pukul 4 petang, `dia' memulakan latihan di ballroom hotel. N ajak aku menemaninya untuk shopping. Papa izinkan dan aku pergi ke mall yang tidak berada jauh dari hotel. Membeli apa yang aku suka lihat dan teringin. Belikan Papa 2 helai seluar, 2 helai baju. Dari mall aku ke toko yang lebih murah harganya...tidak jauh dari situ.

Bila dah letih dan lenguh berjalan, aku dan N singgah membeli makanan sebelum balik. Terus balik ke hotel. Bila suruh Papa cuba baju dan seluar yang aku beli tadi, semuanya kecil dan tak muat. Cuma satu baju saja yang muat. Aku cuba pula baju yang aku beli, tak muat juga. Iskhh..punyalah frust.

Nasib baik pemandu tadi ada lagi dan aku ajak N kembali ke toko tadi untuk menukar saiz seluar dan baju2 yang aku beli. Sampai di sana, sekali lagi aku frust sebab toko tersebut sudah ditutup. Oleh kerana takut Papa tak ada baju untuk dipakai esok, aku ajak N ke mall bersebelahan untuk membeli baju. Tak mudah mendapatkan saiz Papa di sini, kalau ada pun semuanya mahal. Nasib baik ada juga baju yang sesuai dengan Papa dan aku beli 2 helai.

Balik ke bilik hotel dengan rasa penat. Berjalan...berjalan....berjalan saja.

22 JULAI

Subuh tadi kaki aku krem macam orang nak mati rasanya. Memang kalau berbadan dua selalu je krem, itulah jarang2 minum susu tapi ini kira lumrahlah bukannya pasal tak minum susu. Sejuk gila bilik hotel ni, itu pun penyebabnya walaupun dah offkan air cond. Berkira-kira nak keluar lagi ke tempat semalam untuk tukar selura dan baju yang dibeli. Papa tak benarkan aku pergi seorang diri dan aku ambil keputusan ajak Ido, pembantu @ sekuriti kami di Indonesia ni.

Pukul 12 tengah hari, aku pergi dengan Ido. Nasib baik boleh tukar baju aku dengan saiz lebih besar tanpa ada bantahan daripada salesgirl kat tempat tu tapi baju Papa tak ada saiz lebih besar. Tak apalah....nampaknya rezeki A lah nak dapat baju Papa tu bila balik ke M'sia nanti. Kemudian pergi ke toko seluar pula, nak tukar saiz jugak untuk 2 helai seluar Papa yang aku beli semalam. Kat toko tu tak ada pulak saiz yang lebih besar. Iskhh..frust betul aku. Tukar ke saiz yang lebih kecil...jadi rezeki untuk A juga nanti seluar tu. Singgah di toko yang lain, beli 2 helai lagi seluar untuk Papa dengan saiz yang lebih besar.

Bila dah habis membeli di toko, aku dengan Ido ke mall bersebelahan untuk membeli makanan. Hotel yang kami tinggal kali ni susah sungguh nak makan, tempat masak air panas dalam bilik pun tak ada kena panggilkan butler untuk hantar semua tu ke bilik. Lepas beli makanan, aku masuk pula ke pasaraya belikan roti, biskut, air minuman bermacam2 dan nampak pula ada Milo 2 in 1. Nasib baik ada jual Milo kat sini, Milo yang aku bawa dulu dah habis.

Balik ke hotel, semua menunggu dengan perut yang berkeroncong. Kesian. Makan2 dan kemudian `dia' ada latihan terakhir untuk acara malam ini. Habis latihan balik ke bilik hotel, ada perbincangan dengan penganjur dan berehat untuk acara malam ini. Aku ambil kesempatan menulis blog ini.

Malam ini acara `dia' dengan sebuah syarikat yang menerbitkan majalah berunsur keislaman. Selepas acara, ada sesi fotografi lagi dan kemudian tentunya sibuk mengemas untuk ke Bandung subuh esok. Kami akan ke Bandung selama 2 hari dan 25hb nanti akan kembali ke tanahair. Di Bandung nanti, `dia' ada acara khusus untuk para penggemarnya (heheheheh..guna istilah Indon). Duit dah habis berbelanja di Jakarta, huwaaaaa....kata orang sini, kat Bandung lagi meriah nak membeli belah. Hehehehe..kena guna dana dari Papaah nampaknya.

Saturday, July 19, 2003

16 JULAI

Tak dapat tidur lena sepanjang malam sebab telefon asyik berdering. Tak tahu daripada siapa tapi yang nyata aku tahu telefon itu bertujuan mengganggu. Aku yang akan bangun awal pagi ini tidak dapat tidur dengan tenang dan nasib baik bila terjaga kepala aku tidak pening. Pukul 5.45 pagi, aku bangun, menggosok baju dan kemudiannya mandi. Sempat lagi breakfast kat rumah sebab mak mentua ada. Pukul 7 pagi, bertolak ke KLIA. Di pertengahan jalan, hujan turun lebat sangat dan membuatkan kami sampai lewat ke KLIA iaitu jam 8 pagi. Janji dengan semua yang pergi pukul 7.30 pagi tapi nak buat macam mana. Bila semua dah ada di KLIA, terus check in barang. Pukul 9 pagi kami berangkat ke Jakarta. Selamat tinggal Malaysia.........dengan rasa...dengan hiba.

Hampir 2 jam dalam flight, akhirnya sampai di Jakarta. Terus ke hotel penginapan. Berehat lebih kurang 3 jam, aku pun sempat tidur siang sebelum pergi ke tempat latihan untuk acara `dia' malam esok. Sampai di tempat latihan jam 5 petang, lama juga menunggu giliran sebab persediaan di Stadium Tertutup Tennis Senayan masih belum boleh memulakan latihan. Lebih kurang 1 jam lebih menunggu, barulah tiba giliran `dia'. Berehat lagi dan kemudian latihan disambung bersama kumpulan `D' yang popular di Indonesia dan juga di Malaysia turut ada yang mengenali mereka.

`Dia' masih mencari2 keselesaan dengan lagu-lagu yang tidak biasa dinyanyikan. Pada acara pertama nanti iaitu yang disiarkan secara langsung di tv, `dia' perlu menyanyikan lagu2 penyanyi Indonesia termasuk lagu berentak rock berduet dengan kumpulan D.

Tamat latihan hampir jam 12 tengah malam. Letih. Sempat makan malam sebelum tidur.

17 JULAI

Badan rasa segar sebab beza waktu di Indonesia dan Malaysia ialah sejam lewat. Sengaja bergolek2 atas katil sebab malas nak mandi lagi. Malam semalam beria benar nak ke spa pagi ni tapi rasa malas pulak. Lebih baik berehat di bilik sahaja. Banyak makanan yang aku bawa dari Malaysia, dan tak ada masalah pasal makan. Lagipun aku dah boleh makan nasi padang dan sejak semalam, menu kami di sini ialah nasi padang. Tengah hari ini juga aku makan nasi padang. Berselera.

Pukul 4.30 petang, kami di bawa ke lokasi acara malam ini iaitu di Stadium Tennis Senayan. Sampai di sana buat latihan terakhir dan kemudian sambung persiapan untuk penampilan diri `dia' pula. Acara bermula secara langsung di tv pada jam 8.30 malam dan dimulakan oleh kumpulan D. Pukul 9 malam, dia pula mengambil tempat di pentas. Akhirnya berduet dengan kumpulan D di akhir acara secara langsung.

Tukar baju, muncul kembali di pentas untuk acara off air pula. Meneruskan dengan 3 lagu dan atas permintaan ramai lagu `C' terpaksa dinyanyikan walaupun tanpa muzik. Habis acara, terus balik ke hotel. Berehat, makan2, borak cerita hantu, bila semua dah takut barulah masuk tidur.

18 JULAI

Hari ini terpaksa berpindah hotel. Dua hari di HM hari ini terpaksa ke HJWM pula sebab untuk acara seterusnya, penganjurnya berbeza. Bangun pagi untuk berkemas barang dan check out pada jam 11.30 pagi. Terus ke HJWM, check in dan berehat sebelum keluar untuk membeli belah. Hari ini tidak ada acara, kami mengambil keputusan untuk keluar berjalan2 sambil membeli belah apa yang berkenan di hati. Dibawa ke shopping mall TA. Makan KFC di situ sebelum pusing2 di situ. Aku beli pakaian PSNN. Ada juga pakaian aku dan Papa. Lebih kurang 3 jam di situ, kaki dah lenguh dan pulang ke hotel.

Berehat sekejap di bilik sebelum turun ke coffee house untuk makan malam. Nasib baik ada nasi beriani. Susah jugak nak cari makanan halal di hotel. Balik ke bilik lepas makan dan pening kepala dibuatnya nak menonton channel tv yang mana satu. Rancangan tv di Indonesia memang bagus kerana mereka mempunyai macam2 idea yang bagus dari segi produksi.Kebanyakan acara hiburan juga disiarkan secara langsung dan boleh dikatakan semua stesen tv di sini berlawan2 untuk menyajikan yang terbaik.

Tuesday, July 15, 2003

10 JULAI

Terjaga awal bila dengar bunyi telefon. Ada perubahan. Aku perlu menelefon ke sana ke mari tetapi masih ramai yang belum bangun tidur agaknya. Semua panggilan telefon aku tak dijawab. Nasib baik N yang berada di K sanggup tolong juga untuk tugasan `dia' tengah hari nanti. Tugasan berakhir hampir senja.
Balik ke rumah, biasalah kalau PSNN ada, mesti melayan dia saja.

11 JULAI

Ada undangan di sekitar Kg.Baru. `Dia' dan Papa ikut sekali. Undangan dari TSDSMS untuk hasil terbarunya yang akan dipasarkan Ogos nanti. `Dia' juga turut berganding dengan TSDSMS. Majlis kesyukuran dan doa selamat saja.

Janji nak keluar jalan2 dengan Papa dan PSNN tapi Papa balik lewat dari driving range. Emmmm....selalunya begitu.

12 JULAI

Sebab tak jadi keluar semalam, hari ini aku, Papa dan PSNN pergi ke shopping mall berhampiran rumah. Beli barang2 keperluan PSNN sebab 2-3 hari lagi aku kena menghantarnya ke KL kecil. PSNN terpikat dengan kasut Spiderman berlampu, terus beli dan pakai di situ juga.

Bila dah siap membeli belah, terus balik ke rumah dan ketiduran. Jarang tidur siang tapi bila tengok Papa syok sangat tidur, aku pun turut terlena. BIla dah petang baru terjaga dan terus bersiap-siap untuk ke satu acara bersama `dia' malam nanti di UPM.

Sampai di UPM hampir jam 8 malam. `Dia' disorokkan di belakang pentas dan malam ini `dia' jadi panel pengkritik untuk KAF. Tak selesanya bila aku terpaksa duduk di hadapan dan bukan seperti biasa di belakang tabir. Tapi sesekali seronok juga. Suasana tak berapa memberi impak, tak seperti menonton KAF di rumah. Balik dari situ, keluar makan dengan 2 teman. Tak ikut `dia' dan Papa serta sorang staff ke majlis sambutan hari lahir seorang teman. PSNN ikut Papanya.

13 JULAI

Seawal jam 5.30 pagi, Papa dah kejutkan aku. Papa ada golf tournament di N9. Pukul 6.30 pagi, Mr.T datang jemput Papa di rumah. Aku sambung tidur sampai tengah hari. Pukul 2.30 janji keluar dengan 3 teman. Pergi ke MV. Beli keperluan PSNN dan juga R. Jalan-jalan, belek2, beli2, borak2, minum2, makan2 dan bila dah malam baru balik.

Sampai di rumah, Papa yang keletihan tidur..tidur..tidur. Pukul 1 pagi aku kejutkan Papa untuk makan. Lepas tu terus tak boleh tidur, esok kena bangun awal pulak tu!

14 JULAI

Pukul 6.30 pagi dah bangun, bersiap2, berbaju kurung cantik dan Papa pula berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok. Macam nak pergi kahwin je. Aku, Papa dan `dia' ke IN untuk satu majlis pengurniaan untuk `dia'. Ketat juga protokol di sinoi. nasib baik pakaian aku, Papa dan `dia' kena dengan syarat.

Pukul 11.30 acara tamat, terus balik ke rumah dan makan. Tak sempat breakfast dari pagi. Papa tidur sekejap sebab lepas ni nak memandu balik ke rumah keluarga ku untuk menghantar PSNN dan R. Aku akan ke negara seberang hampir 10 hari dan kena tinggalkan mereka lagi. Jam 2.30 petang, kami bergerak ke KL kecil. Singgah makan di Destina dekat Gombak sebelum masuk highway. lepas tu singgah di KG.JB untuk beli meehoon sup. Aku sempat makan nasi lagi kat situ walaupun dah petang.

Pergi ke rumah mentua aku dulu. Duduk beberapa jam, bawa sekali mak mentua aku akan ikut ke KL besar malam ni ke rumah keluarga aku. Tidak lama di rumah keluarga aku, dan aku rasa sedih sangat nak meninggalkan PSNN. Bila aku, mak mentua dan Papa dah mausk kereta untuk berangkat kembali ke KL besar, PSNN menangis nak mengikut. Masa tu airmata aku dah tak terbendung. Aku ajak PSNN ikut sekali dalam kereta dan pergi kat satu kedai dekat kampung aku tu untuk belikan barang mainan. Bila dah dapat barang mainan, aku hantar PSNN ke rumah keluarga aku semula. Sedihnya. Tak tahu nak cakap..sebab aku tahu PSNN tahu yang dia akan ditinggalkan.

Sepanjang perjalanan, aku memang tak dapat nak hilangkan sebak. Sedih sangat. Lamanya aku tinggalkan PSNN. Aku sampai di KL besar hampir jam 12.30 tengah malam dan singgah di BA untuk ambil baju Papa untuk pakai pagi esok. Lamanya singgah, aku ingat sekejap saja. Dekat pukul 2 barulah balik ke rumah. Letih dan penat sangat.

15 JULAI

Bangun awal lagi, hari ini aku tak ikut ke IN sebab mak mentua aku yang pergi. `Dia' dapat pengurniaan daripada DYMMSPBYDA hari ini. Aku yang keletihan, sambung tidur dan tunggu sampai Papa balik. Papa belikan nasi beriani dan lepas makan aku ke pejabat. Siapkan banyak kerja sebelum ke negara seberang pagi esok.

Balik dari pejabat, aku harus siapkan barang keperluan selama berada di sana. Biasalah, mesti mengemas last minute, singgah kedai dulu beli apa2 yang patut, roti, jem, maggi.

Buat teman semua, doakan kami selamat pergi dan pulang. Jangan rindu2. Jangan nangis2. Aku dah ada laptop, harap2 bila malam dapat guna masa di sana nanti.













Wednesday, July 09, 2003

7 JULAI

Sibuk. Ke pejabat menyiapkan banyak perkara terutama mengenai hal-hal kerja `dia' di negara jiran pertengahan bulan ini. Tetiba rasa tak sedap badan, rasa nak muntah pun ada, rasa nak berehat saja kat rumah pun ada. Sejak PSNN ada kat KL besar, memang rasa nak balik cepat je ke rumah.

Malam-Tiba-tiba Papa ajak makan sate kajang pulak. Sate Kajang memang ada dijual merata-rata tempat kat KL ni tapi Papa tetap nak ke Kajang jugak. Pergi berempat ke kedai Haji Sahmuri yang terkenal dengan kesedapan satenya. Merajuk dengan Papa dan aku tak sentuh pun sate tu. Nasib baiklah memang kenyang dan malas nak makan kuah sate kerana tekak aku dah mula sakit. Ada tanda2 batuk dan selsema lagi.

Merajuk???? Pantang aku, kerja aku......aku tau buat. Jangan memandai nak cakap itu ini itu ini kalau tak tau apa2!!!

8 JULAI

Bawa `dia' dan hantu stokin ke BH, ada fotografi. Pertama kali masuk studio kat BH, memula sesat juga. Naik tangga hampir lenguh, lalu banyak lorong dan pintu pulak. Buat kerja dengan tenang sebab agak `privacy' juga studio di sini. Jumpa rakan2 lama kat BH ni, sembang2 dan bila habis kerja, terus ke kafeteria untuk makan tengahari@minum petang.

Habis kerja tu, aku terus ke tempat Papa meeting, hampir sejam join meeting tu, barulah balik ke rumah. Dapat rehat sekejap sebelum sambung meeting kat rumah `dia' tentang acara besar Oktober ini. Biasanya kalau untuk acara besar ini, memang akan selalu ada meeting dan selalunya akan berlanjutan hingga ke dinihari.

Meeting tamat hampir jam 2 pagi. Balik rumah...mengantuk!

Sakit tekak...batuk..suara serak pulak!

9 JULAI

Tak lena tidur semalam, asyik batuk. Bangun pagi, batuk2 dan tidur semula. Bangun lagi dan menunggu abang ipar aku datang untuk urusan rumah baru aku. Pukul 10.30 pagi, dia sampai.....makan kat rumah dulu baru pergi ke rumah baru.

Jumpa kontraktor yang dilantik oleh abang ipar aku. Secara keseluruhannya memang aku dah minta nak konsep yang aku nak dan tak ada masalah nak buat. Heheheh...takut jugak over budget pulak nanti tapi aku masih menanti sebut harganya. Kalau ikutkan memang aku dah suka sangat dengan konsep
rumah yang aku nak.

Lepas jumpa tu, terus ke pejabat. Siapkan kertas kerja tentang perbincangan pasal acara Oktober nanti. Semalam dah berbincang, senang sikit nak buat. Petang nanti aku kena buat presentation tapi suara memang dah serak habis hari ni. Siksa betul rasanya. Macam mana nak buat presentation nanti.

Ke Cyberjaya, meeting hingga jam 7.30 malam. Terus balik rumah. Papa teringin makan kurma. Cari rempah kurma kat dapur tak ada...aku tukar menu..buat ayam masak asam pedas. Hehehheeheh........

Saturday, July 05, 2003

28 JUN

Sabtu yang begitu memalaskan. Rehat saja di rumah sementara menanti petang untuk tugasan bersama `dia' di BJ. Pukul 4 petang barulah ke BJ, jalan punyalah jam, ambil masa jugak nak sampai ke tempat tu. Kat situ ada KSH, memang ramai sangat orang yang datang. Latihan tertangguh sebab kami lambat sampai. Bila dah tamat latihan, aku dan AB pergi meninjau KSH sebab nak beli makanan untuk `dia'. Ramainya orang, takut aku!

Menunggu untuk acara raptai malam nanti. Ramai juga yang hadir ke SPBJ walaupun hanya raptai. Esok baru acara sebenar. Hampir jam 11.30 malam, baru acara tersebut selesai. Singgah makan di gerai sebelum pulang ke rumah.

29 JUN

Ahad yang juga memalaskan. Rindu pulak dengan PSNN, bincang dengan Papa untuk balik malam nanti ke KL kecil. Petang, bertolak ke SPBJ untuk acara `dia' malam ini. Sebelum itu pada jam 5.30 petang ada satu lagi acara `dia' di hadapan SPBJ untuk mengumumkan pemenang ke Australia. Rakan2 siber ada yang datang tapi meninjau dari jauh saja. Bila acar petang selesai, terus ke SPBJ untuk bersiap sedia bagi acara penutup pada sebelah malamnya pula.

Kek, ye, aku teringat sesuatu. Janji dengan B pulak untuk jumpa di hadapan SPBJ sebab aku memang nak beli kek. Jika malam ini aku balik ke KL kecil, aku masih jadi orang pertama untuk beri kek. Lagipun mentua aku juga telah memesan untuk dibelikan kek jika balik nanti.

Bila aku nak keluar dari SPBJ, orang ramai dah berpusu2 masuk. Sesak pulak jadiknya. Macam mana nak buat, aku memang tak berani nak meredah orang yang seramai ini. B beri aku cadangan dan suruh jugak aku keluar. Dalam takut-takut, aku keluar juga, meredah orang ramai dan mencari booth yang menjual kek. Aku dah jumpa booth tu semalam, dan tak menjadi masalah untuk mencarinya.

Bila dah jumpa kek, tak boleh ditulis pula di atas kek. Tokey tu kata tak ada bahan nak menulis. Aku beli jugaklah dua kek coklat dan juga puding roti. Bila nak masuk semula ke SPBJ, keadaan bertambah haru biru. Cari jalan lain tak ada, aku perlu meredah orang yang ramai di hadapan SPBJ tu jugak. Aku tengok dah macam ada rusuhan kat depan tuh, punyalah takut. Bila tak ada idea lain, aku masuk jugak dengan B dalam kumpulan orang yang ramai itu. Aku memang tak suka berhimpit dalam keadaan aku begini tapi memang dah tak ada cara lain. Bila dah dapat masuk, aku rasa lega sangat, bawa B masuk sama. Nasib baik tak penyek kek yang dibeli, cuma kotak je dah bertukar corak.

Bersedia untuk acara di belakang pentas. Bermula jam 9 malam dan berakhir hampir 11.30 malam. Terus balik. Hajat untuk balik ke KL kecil malam ini tidak kesampaian kerana masing2 letih. Esok sajalah.

30 JUN

Bersemangat bangun pagi sebab nak balik ke KL kecil, nak jumpa PSNN. Singgah kat satu tempat untuk membeli sesuatu. Telefon B minta tolong sampaikan barang tersebut kat seseorang. B datang ambil barang tu sebelum aku bertolak balik.

Diberitahu barang tersebut selamat sampai kepada tuannya dan aku menjadi orang pertama walaupun B sibuk hendak menjadi orang kedua. Hehehheeh.
Menuju ke rumah keluarga aku dengan perasaan tidak sabar. Rindu sangat!

Sampai saja di rumah, aku terkejut bila diberitahu PSNN demam. Masa aku dan Papa sampai, PSNN sedang tidur dalam buaian. Badannya memang panas sangat. Aku dan Papa terus bawa PSNN ke klinik berdekatan. Nasib baik aku balik hari ini, kalau tidak tak tahulah apa terjadi. Biar PSNN sakit depan aku, jangan aku dengar khabar berita saja.

PSNN macam tak bermaya, meragam je dan asyik berbaring. Beberapa kali muntah dan tak tidur dengan selesa. Nasib baik senang diberi makan ubat.

31 JUN

Badan PSNN masih panas. Ada batuk dan selsema sikit. Masih tak bermaya. Tak secergas biasa dan cepat sensitif pula. Tak ada apa sangat yang aku buat kat rumah, tidur, baring, tidur, baring. Bila dah balik kampung memang rasa nak berehat sepenuhnya.

1 JUN

PSNN masih demam tapi dah cergas sedikit. Aku tunggu kakak aku balik ke rumah dulu sebelum aku balik ke rumah mak mentua aku.
Bila dah petang barulah aku ke rumah mentua. Berehat sekejap dan kemudiannya pergi ke hospital melawat bapa saudara Papa yang sakit.

Sebelah malamnya pula, buat barbeque ayam dan ketam. Aku ambil tugas buat benda ni termasuk masakkan sos. Semua makan dengan penuh berselera. Perut aku pun macam nak meletup walaupun tak makan barbeque tapi makan benda lain.

Jadi orang kelima utk ucap selamat kat Cancerian sorang ni. 12.20 tengah malam tapi aku dah sms tepat jam 12 tengah malam. Macam mana boleh tak dapat. Masih ada peluang kedua, kunci jam pukul 2 pagi untuk ucap tepat pada masa kelahiran budak ni. Yeay...dah ucap dengan selamatnya kemudian sambung tidur. Terjaga pula bila PSNN muntah dan sepanjang malam PSNN tidak begitu lena tidur. Aku juga jadi tidak lena.

2 JULAI

Di rumah mentua. PSNN agak ok hari ni walaupun masih merengek saja. Ke bandar untuk membeli barang2 keperluan. Pukul 2.30 petang, aku, Papa dan PSNN bertolak ke rumah keluarga aku. Bincang dengan kakak aku sama ada hendak bawa R balik ke KL besar atau tidak. Maklumlah tak ada siapa lagi yang jaga mak aku nanti. Akhirnya aku bawa juga R pulang ke KL besar.

Petang baru sampai di rumah. Papa bawa PSNN ke fun fair. Aku meraikan Cancerian di sekitar Ampang. Moga panjang umur dan terus menjadi yang terbaik.

Dua dunia yang berbeza, bicara yang jarang sekata, tapi kita ditemukan jua,kerana kau pendengar setia. Setiap hari setiap masa berganti, setiap satunya mempunyai cerita dan kisah tersendiri, biar segetir manapun harus dilalui, kerana kita dijadikan adalah untuk mendepani semua ini dengan tabah hati dan keyakinan diri. Selamat hari lahir!

3 JULAI

Bertugas bersama `dia' sejak dari pagi di sekitar D. Hari ni memang aku rasa penat semacam. Badan tak bermaya saja. Jam 4.30 petang habis tugasan. Hujan pulak masa tu dan jalan jam. Terus balik ke rumah untuk melihat keadaan PSNN. Bertambah baik tetapi asyik hendak ke fun fair saja. Aku tak ada mood nak pergi dan biarkan PSNN dan Papa saja ke fun fair.

4 JULAI

Buat kerja-kerja pejabat dari rumah saja. Tak ada mood ke pejabat. Lepas Jumaat aku ada tugasan bersama `dia' di studio. Siapkan satu lagi lagu kempen. Lamanya baru habis, lepas Maghrib baru semuanya siap. Ramai berkumpul malam ni, dengan ipar duai dan anak2 saudara.Riuh jugak. PSNN lah yang kepoh..memula main elok2....lepas tu dengarlah jerit pekik.

Bila dah puas berkumpul, balik ke rumah aku pulak, Papa ajak singgah kat fun fair. Malam ni aku dapat 3 Bingo untuk merealisasikan impian dapat bekas air berbalang yang ada air panas dan air sejuk tuh. Balik dengan rasa puas hati.

5 JULAI

Sabtu biasanya rehat saja kalau tak ada aktiviti dengan `dia'. Tapi sebelah petang ada pulak sesi preview untuk vklip yang buat hari tu. Boleh tahan, ada scene yang best nak tengok dan ada kelainan imej. Akhir Julai ni mungkin korang pun dapat tengok.

Malam-Tengok KAF untuk pertama kalinya sebab sebelum ni tengok ulangannya saja. Dah agak memang A akan tersingkir..tak ada rezeki. Letih tapi tak boleh tidur. Papa dan abang sulungnya pegi driving range lepas tu pergi memancing. Aku menunggu hingga jam 3 pagi.

6 JULAI

Bila dah lama tak membeli belah, rasanya hari ini hari yang paling sesuai. Ingatkan nak ajak Papa, PSNN dan R keluar, `dia' pun ikut serta jugak. Memula pegi JJ kat TM, ramainya orang, tak selesa nak beli belah sebab `dia' asyik kena klik..klik..klik. Makan pulak kat McD sebelum terus membeli belah.Bila keadaan macam tak boleh control, kami pergi ke AP pulak. Kat sini pun ramai orang jugak. Bila `dia' dah ada, memang tak berapa selesalah nak lama2 kat situ. Akhirnya bila dah beli apa yang dikehendaki, kami singgah di HDP, makan malam kat situ.