~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Wednesday, August 20, 2003

Update blog ni kat lounge KLIA. Sementara menunggu flight berlepas ke Brunei, aku makan nasi beriani dengan oren jus dulu.

19 OGOS

Hasrat nak balik KL kecil awal terbantut, memang selalunya begitu. Bila semua dah ready, aku, Papa, PSNN dan R pun bersiap nak balik. Singgah di Giant sebab dah janji nak belikan mainan khemah yang ada banyak bola tu kat PSNN. Sempat makan tengah hari kat situ.

Terus bertolak ke KL kecil. Sepanjang perjalanan dengar album Rock Cintan yang aku beli kat Giant tadi. Lepas tu pasang jugak kaset lagu kanak-kanak yang PSNN pilih.

Sampai di bandar kebanggaan aku, singgah di kantin tempat kakak aku berniaga. Tak balik rumah keluarga aku sebab mak aku tak ada, pergi berubat di Kelantan. Hampir sejam kat situ, aku bertolak pula ke rumah keluarga mentua aku. PSNN akan ditinggalkan kat sini, lebih kurang seminggu. Tapi aku dah suruh abang aku ambil PSNN bawa balik ke rumah keluarga aku dalam 2-3 hari lagi.

Melayan PSNN saja, malam ni aku dah kena patah balik ke KL besar. Beli macam2 ikut kehendak PSNN bagi dia puas hati. Kat rumah takde elektrik pulak, bergelap. Jam 8.30 malam, mohon diri untuk balik ke KL besar. PSNN beria2 tak kasi aku balik. Pergi bawa dia pusing2 naik kereta, beli mainan lagi, barulah boleh ditinggalkan. Kesian kan..asyiklah kena tinggal.

Hampir jam 12 tengah malam, baru sampai di KL besar. Selamat.

20 OGOS

Bersenang2 dulu di rumah pada sebelah pagi, panaskan lauk pauk yang mak mentua aku kirim semalam. Sakit perut pulak, rasa nak mati aku dalam tandas. Banyak kerja nak diselesaikan, aku ke pejabat. Lepas tu bawa `dia' pergi studio. Pergi beli barang lagi kat LM. Pukul 5.30 petang, baru balik rumah. Aku ada masa 1 jam saja nak mengemas. Alhamdulillah, semua beres. Tak ada apa yang tinggal harapnya. 10 kali dah check, rasanya semua keperluan lengkap. Lupa lagi beli tape vcam, itu jelah yang kena beli nanti.

7.15 malam-bertolak ke KLIA. Check in. Makan kat lounge dan update blog ni.

Tengah malam nanti baru sampai Brunei. Doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat. Juga doakan kejayaan `dia' untuk kali ini.

Monday, August 18, 2003

5 OGOS

Lama tak update, lupa pulak apa jadik dengan hari ni.

6 OGOS

Ada tugasan di tempat kerja lama dengan `dia'. Hampir senja baru selesai.

7 OGOS

Tak ingat. Tapi di pejabat, buat kerja.

8 OGOS

Di pejabat. Uruskan pasal dua sesi temubual `dia' dengan satu produksi dan juga student mengenai PM kita.

9 OGOS

Tak ingat.

10 OGOS

Ada dua acara hari ni. Pagi bertolak ke HPP, `dia' bersiap di sana. Pukul 2.30 ptg, ke PWTC, tempat acara. Ramai yang terlibat. Habis acara terus balik semula ke HPP. Aku, Papa dan PSNN ke mall berhadapan dengan HPP. Teman2 yang khabarnya sejak pagi dah ada kat PWTC, turut join makan tengah hari bersama di restoran Jepun.

Berpisah dengan Papa dan PSNN, aku join teman2 jalan2. Beli2 barang. Lepas tu bila rasa tak larat, aku mohon balik semula ke HPP.

Malam-Acara dengan `dia' lagi, masih di PWTC tapi penganjurnya saja berbeza.

11 OGOS

`Dia' sahkan penangguhan acara besarnya pada Oktober nanti. Lega. Bila dah ada keputusan, senang nak atur kerja2 seterusnya (dalam erti kata lain..dapat berehat untuk menunggu hari2 mendebarkan aku).

12 OGOS

Tugasan bersama `dia' di Glenmarie, SA. Mengantuk sangat hari ni. Ajak Papa jalan2, beli makanan dan kembali ke lokasi tugasan. petang baru selesai. Balik tu jalan jem sangat. Hari ni badan rasa nak demam, penat dan tak larat.

13 OGOS

Ada meeting di KLGCC. Lepas meeting terus ke tempat latihan `dia' untuk acara 23 Ogos nanti.

14 OGOS

Ada tugasan dengan `dia' di HM. Petang baru habis, hujan lebat. Balik rumah dah malam. Malam yang begitu menyedihkan...membuatkan aku hampa....hampa untuk kali seterusnya. Tiada akhirnya satu kepercayaan yang diberi, hari ni semua itu berlaku lagi.

15 OGOS

Hampa semalam berlarutan hingga ke hari ini. Menjalani kehidupan mengikut arus aku sendiri. Menyedihkan.

16 OGOS

Masih seperti dua hari yang lalu.

17 OGOS

3 pagi-Berfikir dan membuat keputusan.

4 pagi-Entah apa yang bermain di sarang fikirannya dan fikiranku?

5 pagi-Semuanya selesai. Keluar makan di kedai mamak 24 jam. Perut lapar.

2 petang- Ada tugasan dengan `dia' untuk 23 Ogos nanti.

18 OGOS

Setahun berlalu. Ingat kita makan2 kat Serdang. Aku baru balik dari Kazaskhtan masa tu. Setahun yang indah untuk dikenang. Aku datang lewat, semua dah lapar masa tu. Lepas tu acara menonton, termasuk tengok filem Hindustan, Devdas. Ada yang main kereta kontrol kat luar, main badminton pun ada. Malam semuanya berpisah. Masa ber`ym' guna mic yang masa tu rasa best sangat. Sekejap je mania tu, takde sapa dah nak guna mic lagi sekarang ni.

Mengenang, terkenang dan dikenang tak sama dengan mengingat, teringat dan diingat.

Tuesday, August 05, 2003

1 OGOS

Entah bila aku batuk teruk dan selsema ni aku tak berapa ingat. Aku tak tidur semalaman disebabkan batuk. Selsema ni memang aku benci sangat tapi apa nak buat. Ke hulur kehilir bawa kotak tisu. Dah berkotak-kotak tisu rasanya. Itu belum lagi tisu tandas yang digunakan waktu kecemasan. Iskhhh....hidung dah mula merah.

Ada tugasan di HPOGH bersama `dia'. Buat latian dahulu pada sebelah petangnya dan kemudian makan dan minum2 kat coffee house. Bersiap untuk acara pada sebelah malam pula. Semua berjalan lancar, hari ni tetamu vip ialah PM. Dah lama tak jumpa PM. Acara malam ni anjuran orang Jepun. Koibito Yo tu lagu kesukaan aku sejak zaman aku kecil lagi, `dia' sampaikan. Heheheheh. Puas hati!

Abang dan anak saudara aku datang ke KL. Anak saudara aku nama K dapat tawaran belajar kat IKBN di Bota, Perak.


2 OGOS

Bawa abang aku, anak saudara aku, R dan PSNN ke Jusco untuk beli barang keperluan K nak pergi belajar tu. Banyak jugaklah barang yang maish belum ada. Beli dengan kadar segera sebab aku perlu ke tempat latihan bersama `dia'.

Walaupun penat melayan selsema dan batuk, tapi tugasan harus diteruskan. Ke tempat latihan di HJWM. Sampai di situ, pukul 2 petang dan latihan tamat lebih kurang jam 6.45 petang. Aku dan Papa tak ikut `dia' ke persembahan konsert penyanyi seberang HKE sebab nak tengok KAF malam ni.

Tengok KAF. Peserta yang aku ingat boleh ke final terkeluar pula. Sedih jugalah tapi nasib baik A masih ada. A harapan aku sebab dia senegeri. Bukan faktor senegeri sangat tapi aku tahu dia ada bakat yang tak sama dengan orang lain walaupun bakatnya boleh dikategorikan tahap 80% tapi dia ada kelebihan2 lain. Kalau kalah di final pun, dia bukan kalah sebab tak bagus, tapi dah begitu ketentuanNya. Aku taklah fanatik sangat dalam soal ini.

Bila KAF habis, bosan yang amat sangat aku rasakan. Anak saudara aku si K baru balik dari mana entah. 2 sepupunya datang juga tidur kat rumah aku malam ni. Entah apa aku badmood tapi mungkin disebabkan batuk dan selsema ni agaknya.

3 OGOS

Aku memang tak tidur semalaman. Rasanya adalah juga terleap tapi tak lena. Pukul 6 pagi, aku dah bangun sebab dua orang anak saudara aku nak balik ke Gombak. Mereka datang ikut rombongan. Lepas tu abang aku dan K pula bertolak ke Bota, Perak.

Seterusnya aku ke HJWM untuk acara malam ini. Sebelum tu ada latihan akhir di ballroom. Bila tamat latihan, ada 3 orang teman datang. Mkan2 dan kemudian ke SH cari barang2 keperluan. Bila aku rasa tak larat sangat, aku mohon balik ke bilik hotel. Penat rasanya tapi tak boleh tidur.

Acara bermula jam 9 malam, hampir jam 12 tengah malam baru tamat. rehat sekejap di bilik hotel dan kemudian balik ke rumah. Aku memang penat sangat malam ni. Batuk makin teruk!

4 OGOS

Bawa PSNN ke pejabat. Hari ini boleh dikatakan hari yang penuh dengan meeting. Bermula meeting dengan seseorang di pejabat, kemudian sambung dengan meeting pengurusan di pejabat juga dan seterusnya pergi ke satu meeting lagi di HHS. Pukul 12 tengah malam baru habis meeting. Letih lagi.