~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Friday, September 19, 2003

17 SEPTEMBER

Papa sampai dari Sabah. Ada temujanji pukul 3.30 petang, ingatkan nak tunggu Papa saja bila ke pejabat. Oleh kerana Papa masih letih, aku ke pejabat seorang saja. Banyaknya dokumen kena isi, aku tahu bukan senang nak buat kerja sorang2 tapi tak mengapalah, nasib baik ada company secretary nih. Dia banyak tolong walaupun semua dokumen dan profil aku yang kena sediakan.

Bila temujanji dah hampir tamat, Papa pun sampai ke pejabat. Hanya ada perbincangan akhir saja. Siapkan yang lain2 pulak, sebelum balik ke rumah. Malam ni aku ada perjumpaan untuk satu perkara penting. Aku pergi dengan Papa dan `dia'.

Perjumpaan untuk satu pengalaman baru, semuanya selesai. Balik kira2 jam 11.30 malam. Singgah di rumah ambil PSNN sebelum hantar `dia' balik ke rumah. Saja nak bawa PSNN yang masih belum tidur tu ronda2...kesian seharian dia duduk di rumah je.

18 SEPTEMBER

Ada tugasan pagi dengan `dia'. Pukul 9.30 pagi sepatutnya perlu ada di lokasi di K. tapi kami baru bertolak time tu. Pukul 10.30 pagi baru sampai. nasib baik tak sesat.

Tugasan di K habis jam 2.30 petang, terus ke stesen A sebab ada taklimat dan buat promo untuk AE03. Afro???? Itulah promo yang dibuat hari ini, tengok sajalah kemunculannya di tv nanti.

Balik dari A, singgah di pejabat, kemudian terus balik ke rumah ambil PSNN. Harei ni ada pasar malam, jadi aku ajak PSNN dan Papa ke sana. Beli macam2. Balik tu, penat yang amat sangat, tertidur hampir 2 jam.

Hari ni selsema dan batuk aku bertambah kronik. Siksanya. Dah habis sekotak tisu. Tak suka...........!!!!!

19 SEPTEMBER

Tugasan pagi lagi. Aku pergi dengan Papa dan `dia' . Tugasan di UM. Seronok jugak sesekali buat program macam ni. tak lama..sejam saja tapi menyeronokkan. Balik tu terus ke pejabat.

Selsema dan batuk maish belum sembuh. Sekotak tisu juga dah habis. Hidung dah merah. Iskhhhh.......

Tuesday, September 16, 2003

12 SEPTEMBER

Ke pejabat menyiapkan kerja-kerja. Hari yang dinantikan. Papa telefon sebelum naik flight, siap order nak aku masak nasi lemak lagi. Semua teringin nak makan nasi lemak dan Papa suruh aku masak banyak sikit. Petang tu, aku sempat singgah di kedai beli kelapa, hajat hati nak buat kuih badak berendam, dah berapa hari teringin nak makan kuih ni.

Sampai kat rumah, aku lepak dulu. Baru pukul 6pm. Dekat pukul 7 malam, barulah aku ke dapur. Memula buat kuih badak berendam. PSNN tolong kacau je. Lepas tu mulalah masak nasi lemak dengan lauk2 yang lain. Pukul 8.45 malam, aku dah siap buat semuanya. Papa telefon. Mereka dah selamat sampai di KLIA.

Kegembiraan tadi bertukar sikit bila dengar perancangan Papa. Aku yang sensitif agaknya tapi memang aku rasa wajar berkecil hati jika aku memang tunggu Papa balik, tiba2 dia buat plan lain pulak. Aku malas nak cakap, tapi sms saja apa yang aku rasa masa tu.

Tak lama lepas tu, Papa sampai. Aku ingat Papa saja, rupa2nya semua yang teringin nak makan nasi lemak tadi dah ada di depan rumah aku. Nah! Sekelip mata semuanya licin. Gembira jugak sebab bila orang suka makan masakan kita, rasa macam puas sangat.

Bila yang lain2 balik, barulah Papa tunjuk barang2 yang dibeli masa kat negara A. Oleh kerana mereka dah biasa tidur waktu negara A, papa awal2 lagi dah lelap.

13 SEPTEMBER

Terjaga awal pagi. Aku masak sardin yang Papa teringin sangat nak makan. Lepas makan, aku, Papa, PSNN dan R menuju ke SW untuk beli barang2 baby. Barulah ada masa nak membeli. Rambang mata, semua ada, banyak pilihan tapi dek kerana banyak sangat yang berkenan, aku ambil saja apa yang ada depan mata. Kalau asyik nak memilih memang susah nak membeli. Lepas tu aku ke salon `hantu stokin', semua datang ke sana kecuali pak mentua aku saja yang tak ada di KL besar ni. yang lain2 semua ada berkumpul. Ada yang cuci rambut, gunting rambut, buat medicure dan macam2 lagi. PSNN pun gunting rambut kat situ. Lepas tu semua lapar dan sepakat nak makan kat Tupai2. Aku awal2 lagi dah siap booking 2 pondok kat situ sebab ramai sangat yang nak pergi sana.

Sampai di Tupai2, aku jadik orang yang kena order makanan, order saja apa yang rasa best. Aku bukannya makan apa sangta, asal ada telur dadar sudah. Bila dah selesai makan, semua nak pergi karaoke. Call sana, call sini, semua penuh, maklumlah malam minggu. lepas tu ambil je keputusan balik. Berkumpul di rumah, borak2 dan aku minta diri nak balik ke rumah aku pulak. Rasa letih sangat, maklumlah keluar dari tengah hari tadi sampai dah tengah malam.

14 SEPTEMBER

Papa dah keluar awal pagi sebab nak temankan abangnya ke bengkel kereta. Bila dah hampir petang baru Papa balik. aku sekali lagi kecil hati sebab Papa macam tak ingat janji hari ni ada apa. Aku sengaja malas nak bagitau sebab nak Papa ingat sendiri. Bila Papa sedar perubahan aku, dia mula tanya. Lama aku diam, barulah jawab tapi nak buat camana, dah lewat dengan temujanji. Cuma Papa aturkan temujanji malam di HHS di Subang pukul 10 malam ni.

Papa ajak aku dan PSNN keluar. Memula pergi ke karnival Bukit Jalil, ada fun fair. Baru satu permainan PSNN naik, tetiba hujan, terus masuk kereta dan kemudian menuju ke SP pulak. Kat sana Papa beli kasut dan aku tengok2 je barang kat sana. PSNN dah nakal sangat, tak larat nak jalan2 kalau bawa dia. Bila dah hampir jam 10 malam, kami bertolak ke tempat temujanji. lepas tu terus balik ke rumah, dalam perjalanan tersedar hp aku tak ada. terfikir2 pulak kat mana aku tinggal telefon. HP Papa pulak habis bateri. Sampai saja di rumah, aku cuba call HSS, tempat temujanji tadi sama ada hp aku tertinggal di situ. nasib baik ada, aku bangga ada orang jujur nak simpankan hp aku tu.

Papa kata nak ambil malam tu jugak. Aku mengikut saja. Pukul 2.30 pagi baru sampai kat rumah. Letih.......

15 SEPTEMBER

Siapkan keperluan Papa nak ke negeri S. Ada acara dengan `dia' di situ. Aku seperti biasa tak boleh ikut sebab kena naik flight. Papa tinggalkan aku di pejabat. Seperti biasa buat kerja macam biasa. Petang tu aku ke LM, cari ubat batuk PSNN. Aku pun macam dah nak batuk/selsema sebab jangkit dengan PSNN.

Balik rumah, bosan. Tertidur awal malam. Terjaga dan tengok tv, pukul 3 lebih pagi baru tertidur semula.

Ada yang mengingatkan.......

16 SEPTEMBER

Rasa tak sedap badan, ingatkan tak mahu ke pejabat hari ni tapi banyak pulak urusan yang perlu diselesaikan. Aku ke TUP, ambil borang dan terus balik ke pejabat. Sampai di pejabat, aku terima hadiah serba pink dari N yang berada di Johor. Terima kasih...hehehehe...hadiah untuk baby pun pink, camana ek, baby lelaki pakai warna pink???


Thursday, September 11, 2003

10 SEPTEMBER

Hujan pagi. Bestnya. Dah lama tak merasa (ataupun tak perasan) suasana hujan pagi macam ni. Selalunya mesti nak tarik selimut lagi tapi bila fikirkan aku kena ke pejabat, terpaksa bangun juga.

Terfikir juga nak berehat saja di rumah hari ini tetapi banyak lagi urusan di pejabat yang masih belum selesai. Sepatutnya dalam waktu2 begini, aku dah kena kurangkan kerja dan banyakkan rehat tapi bagi aku yang malas nak buat senaman dan sebagainya ni, bekerja saja dah mencukupi rasanya.

Ke pejabat, siapkan jadual `dia' sehingga hujung Oktober. Aku mesti sediakan awal supaya bila aku dah kena `rehat' nanti, `dia' pun tau apa kerja yang perlu dilakukan.

Balik dari pejabat, aku ke LM sebab R kata barang dapur banyak yang dah habis. Penat juga pergi seorang tapi tak ada masalah sangat. Tunggu teksi dan balik ke rumah, suruh R tunggu depan pagar untuk ambil barang2 dalam teksi.

Sampai di rumah, R kata kakak2 dan anak saudara aku lagi 5 minit nak sampai. Hairan juga, tak beritahu aku pun dorang nak datang KL besar ni. Tunggu 15 minit, dorang pun sampai. Rupanya tak plan dan dorang dah siap shopping kat G. Saja singgah nak menjenguk aku dan PSNN.PSNN gembira sakanlah main dengan sepupu2 dia.

Lepas Maghrib dorang nak bertolak balik, PSNN apalagi nak mengikutlah. Kakak aku memang nak bawa je PSNN balik tapi tak muat kereta pulak. Aku tak kasi sebab nanti Papa dah nak balik, PSNN tak ada di KL besar pulak. PSNN menangis dan aku kena pujuk dan buat helah. Kesian dia.

11 SEPTEMBER

Tarikh ngeri. Harap takde kejadian `ngeri' yang berlaku di mana-mana.

Petang ni aku kena pergi meeting. Nasib baik ada peguam ikut sama. Lega sikit.

Esok. Esok yang dinantikan.

Tuesday, September 09, 2003

3 SEPTEMBER

Oleh kerana aku belum berkemas2 lagi untuk persiapan Papa ke negara A, hari ini aku tak ikut ke tugasan `dia'. Papa yang bawa tapi sekejap saja. Tengah hari barulah aku, Papa, `dia' dan PSNN sempat ke LM untuk membeli keperluan terakhir. Sambil tu aku dah beli siap2 barangan dapur untuk keperluan seminggu sementara Papa tak berada di tanah air nanti.

Balik ke rumah, walaupun rasa letih tapi aku berkemas juga supaya tidak ada barang yang tertinggal. Kali ni tak perlu bawa makanan kerana negara yang dorang nak pergi ni tak boleh bawa apa sahaja bahan mentah, makanan atau apa sahaja bentuk produk makanan dan minuman.

Ingat nak ambil angin malam sebelum tidur sebab Papa kata mahu berjaga sepanjang malam supaya dalam flight nanti dia keletihan. Memang selalu hendak tidur dalam flight untuk perjalanan lama, kalau tidak mesti bosan. Menjelang jam 3 pagi, aku dan Papa dah mengantuk, tak boleh nak berjaga lagi. Terus tidur dan kunci jam pukul 5.30 pagi.

4 SEPTEMBER

Bila alarm jam dah berbunyi, Papa bergegas bangun, takut lewat. Aku pastikan semua keperluan Papa lengkap, barulah Papa bertolak ke KLIA. Sedih. Tapi macam tak sanggup nak keluarkan airmata sebab bimbang Papa akan risau. Sebak je bila tengok kereta dah berundur dari garaj.

Bila Papa dah takde, aku cuba nak sambung tidur tapi tak boleh nak lelap. Pusing kiri-pusing kanan, setiap kali nak terlena, telefon berdering. Bila dah hampir2 terlena, telefon berdering lagi sebab Papa dah nak naik flight masa tu. Selamat jalan, moga selamat pergi dan kembali.

(Rasanya tak pernah berpisah selama ini........what to do??????)

Seperti biasa, aku kena pergi ke pejabat juga. Kesian tengok PSNN tapi nak buat macam mana. Seharian yang sunyi sangat. Balik ke rumah juga buat aku sedih saja bila tengok PSNN. Iskhhh......cepatlah masa berlalu. Malam-payahnya nak tidur.

Bila airmata semudah itu mengalir, ku kira ini maknanya rindu kembali hadir

5 SEPTEMBER

Ada last minute meeting dengan beberapa syarikat. Aku mewakilkan diri dengan ditemani B. Saja aku ajak B sebab tak ada sapa dah nak ajak. Meeting yang baik tapi bos-bos aku kat negara A. Kena tunggu dorang balik dulu baru tahu keputusannya walaupun aku perlu hadiri lagi meeting ini pada Khamis depan.

Balik tu terus ke pejabat, selesaikan kerja dan bila sampai waktu aku balik ke rumah. Bertuah hari ni, B juga tumpangkan aku untuk balik ke rumah. Pelawa B makan di rumah, kebetulan mak mentua aku juga ada. Sejak malam semalam dia datang tidur di rumah aku.

Tak ada apa nak buat. Melayan PSNN. Walaupun dapat berhubung dengan Papa, tapi masuk hari kedua ni aku masih rasa sunyi lagi. Bila PSNN tanya pasal Papa dia, aku mulalah nak menangis. Sensitifnya.

Berbalas sms, beberapa kali call tapi semuanya tak terubat. Lambat lagi ke hari-hari ni berlalu.........??????

6 SEPTEMBER

Sabtu yang membosankan. Sengaja bangun lewat. Untuk menghilangkan rasa bosan, aku ajak mak mentua makan di luar malam ini. kebetulan dia pula berpuasa. Akhirnya kami sekeluarga yang ada di KL besar ini makan malam di Tupai2. Aku rasa nak rekemen tempat ni pada dorang. Nampaknya semua enjoy dan suka makanan kat situ. PSNN pula asyik berlari2 ke sana ke sini, tak tahan dibuatnya. Bila dah lama sikit, kami balik. Aku singgah di kedai runcit sebab mak mentua aku nak buat nasi impit pagi esok. Beli keperluan dapur di situ.

Apa ertinya malam???????

Terbangkan aku sayap...di bahumu akanku hinggap, biar membelah awan......asal dapat jatuh di ribaan

7 SEPTEMBER

Bangun awal pagi, ingatkan nak tolong apa yang patut di dapur, tapi semuanya dah tersedia. Mak mentua aku nak ke GH, nak tengok cucunya dan kemudian balik ke KL kecil. Aku pula ada plan nak bawa PSNN keluar makan angin petang ni. Tunggu auntie dia datang.

Pukul 4, auntie PSNN sampai. Destinasi memula ke TBJ. Best tempat ni. Enjoy sakan PSNN bila dapat bawa kereta heretnya sepanjang taman, dapat beri makanan pada ikan, dapat bergambar dengan kura2 dan kemudian bentang tikar dan berkelah kat tepi tasik yang ada kat situ.

Bila tengok PSNN dah puas dan berpeluh2, pergi ke destinasi kedua pula. Hasrat memang nak ke Putrajaya, memula temankan PSNN main2 kat Dataran Putrajaya tu. kemudian dapat masuk masjid dan bersembahyang Maghrib di situ. Puas! Itulah antara impian aku..........

Bila dah gelap, baru balik. PSNN dah tertidur dalam kereta.

Hati terhiris...jiwa menangis.......aku menunggu dan merindu..........akhirnya?????????????

8 SEPTEMBER

Segalanya masih terkesan di hati. Beberapa sms membuatkan semuanya menjadi sejuk. Seperti biasa, menerima segalanya dengan hati terluka......terbuka. Usah ulang lagi.

9 SEPTEMBER

Sempat pergi bank sebelum ke pejabat. Papa bertolak ke S pula hari ini. Semoga semuanya baik2 belaka. Balik ke rumah rasa penat sikit, lepak saja sambil menonton tv. Tidur awal malam ni.

Tuesday, September 02, 2003

BRUNEI 21-23 OGOS

Alhamdulillah, tiba di Brunei dengan selamat walaupun dah mula terasa, betapa tak selesanya keadaan aku masa naik flight tadi. Terfikir, mungkin ini trip terakhir aku naik flight. Sampai saja kat airport Brunei, dah ramai yang menunggu. Maklumlah, bukan `dia' saja yang tiba malam ini, ada 2 lagi rakan seperjuangannya.

Jumpa teman siber, KL di airport. Dia jadi LO untuk `dia' rupanya. Tak sanggup dah meredah ramai sangat orang kat luar airport, aku keluar awal dan masuk kereta dulu. Bila `dia' dah selamat masuk dalam kereta, terus menuju ke hotel. Sampai di hotel, settlekan apa yang patut sebelum aku masuk bilik. Duduk kat hotel macam tahun lepas juga, best!

Esoknya ada satu sesi `dia' dengan peminat. Aku ikut serta. Tak lama jugak, sebab lepas tu perlu ke tempat latihan. Habis latihan, balik ke bilik hotel. Bergambar2 kenangan dari bilik. Nampak sunset. cantiknya pemandangan dari bilik hotel ni. Teringin nak mengabadikan kenangan bergambar kat pantai tu, sebelum balik KL, aku tekad nak jugak turun ke pantai.
Malam, ada sesi latihan lagi. `dia' jadi orang terakhir berlatih, sampai ke bilik hotel hampir jam 1 pagi. Berborak dan makan2 lagi, pukul 3 pagi baru boleh tidur.

Keesokan harinya, ada lagi satu sesi dengan peminat tapi di hotel tempat kami menginap sahaja. Lama juga sesi ni, hampir 2 jam. lenguh jugaklah aku duduk dan berdiri. Nampaklah jugak muka2 yang aku dah kenal sangat masa sesi ni. Balik ke bilik hotel, ingatkan nak berehat tapi `dia' ada latihan pula. Buat di bilik saja untuk tarian. Aku ke bilik pulak, ambil peluang tidur. Letih sangat!

Petang tu, aku paksa jugak `dia' turun ke pantai sebab dah janji dengan majalah MH untuk abadikan gambar2 kenangan `dia' di Brunei. Sayang sikit sebab cuaca dah mula gelap, sunset pun tak secantik semalam. Kami ramai2 abadikan kenangan kat sekitar pantai tu sebelum pergi makan malam. lepas makan malam, pergi ke JP untuk menonton konsert 3 rakan seperjuangan `dia'.

23 Ogos-Ada latihan sebelah pagi. Aku minta tolong KL, LO `dia' beli makanan untuk lunch. Pergi sekali dengan KL. Rehat makan sebelum sambung latihan lagi. Habis latihan terus ke bilik hotel. Berehat sebelum mula bersiap2 untuk acara malam ni. Pukul 8.30 malam, bila semua selesai, bertolak ke JP, tempat acara diadakan.

`Dia' keluar akhir sekali. Hampir 1 jam setengah muncul menghiburkan orang Brunei. Aku kira smeuanya baik belaka. Habis sahaja acara, terus balik ke bilik hotel. Kemudian menghadiri majlis cocktail. Aku dah tolong dia berkemas untuk balik pagi esok. Bila aku balik ke bilik aku, giliran aku pula berkemas. Hampir jam 3.30 pagi baru aku boleh tidur.

24 Ogos-Bangun awal sebab flight ke KL bertolak pagi. Bila semua selesai, kami meninggalkan HE ke airport. Seperti biasa, orang ramai menunggu. Aku keluar kereta dahulu dan terus boarding. Malas nak bersesak2 dalam keadaan diri aku begini. Masuk sahaja dalam flight sampailah ke KLIA, aku rasa tak selesa sangat. Serba tak kena dibuatnya, duduk begitu salah, duduk begini salah.......tak boleh naik flight lagi dah sebenarnya.

Sampai di KLIA terus balik ke rumah. Letih sangat2. Terbaring saja sepanjang hari di rumah. Dah hampir tengah malam baru aku dan Papa keluar. Ambil angin malam yang segar. Maklumlah, seharian berkurung di rumah.

25 OGOS-Banyaknya kerja menanti di pejabat. Buat semua perkara tu, selesaikan apa yang patut. Pada mulanya Papa bercadang balik ke KL kecil untuk ambil PSNN tapi tak jadik pulak. Aku minta tolong si A saja yang balik esok, sebab banyak sangat urusan aku dan Papa di KL besar ni.

26 OGOS- Ada urusan aku dengan `dia' hari ini. Papa tak ikut sebab ada urusan lain. Pukul 5 petang, urusan selesai, dan Papa datang menjemput. Terus ke salon si E, dan bersiap2 di sana untuk acara malam ini. Memang berat hati aku nak pergi malam ni dan aku suruh E yang pergi. Bila aku tahu staff A tak pergi, aku terpaksa jugak pergi ke majlis tu. tamat majlis balik ke rumah hantar `dia'.

Pukul 8 malam, aku, Papa dan `dia' bertolak ke majlis yang aku dah rasakan, membosankan. Sepanjang di majlis tu, tensionnya aku rasa. dahlah satu makanan yang terhidang memang aku tak boleh makan. Aku saja buat side order supaya taklah nampak sangat aku tak makan semua benda tu. Tapi menu yang diberikan pun memang tak ada yang kena dengan selera dan tekak aku. Tak apalah, aku jamah sikit tanda hormat majlis orang. Tak sabar nak balik ke rumah, sebab PSNN dah ada kat KL. Adik ipar aku A yang ambil PSNN dan R di KL kecil.

27 OGOS- Malam ini `dia' ada acara di HL. Seronoknya sebab bersebelahan dengan mall. Bila sampai di HL, `dia' buat latihan dulu, kemudian barulah ke bilik hotel. Rehat sekejap dan kami pergi ke mall sebab `dia' nak beli barang. Aku layan `dia' dulu dan malas nak beli apa yang aku nak. Nanti aku nak shopping sorang2 pulak. Bila `dia' dah selesai membeli, aku dan Papa hantarnya ke bilik hotel. Aku berehat sekejap sebelum turun semula ke mall, ingatkan nak membeli belah apa yang patut, tapi tak selesa pulak. Sempat jugaklah beli beberapa barangan yang aku nak, kemudian balik ke hotel. Tunggu `dia' bersiap untuk acara malam ni. Acara tamat hampir jam 12 malam.

28 OGOS-Hari yang paling sibuk. Pergi ke pejabat menyiapkan banyak kerja dan bahan terutamanya untuk pembukaan salon E petang ini. Ada beberapa urusan kerja yang harus aku selesaikan sebelum ke WC tempat salon E. Bila dah habis kerja, aku dan DJ terus ke WC naik teksi sepupu `dia'. Lepas tu tolong apa yang patut di WC. Aku uruskan juga bahagian media.

Buat majlis sederhana sahaja, sebagai syarat, tempat pun bukannya besar sangat, tapi ramai yang datang memberi sokongan. Alhamdulillah. habis majlis tu, aku, Papa, PSNN dan R ke SW. Saja jalan2, shopping baju untuk PSNN.

29 OGOS-Seperti biasa, kerja di pejabat. keluar awal ke KLCC sebab ada latihan malam ini. Jalan2 di KLCC dan temankan `dia' buka puasa. Bila dah habis makan barulah ke tempat latihan.

Hehehehhe..aku sengaja tak beritahu teman2 tu, tapi mereka jumpa jugak tempatnya. Iskh!

30 OGOS- Hari cuti tapi ada kerja juga malam ini. Petang dah keluar dari rumah, PSNN dan R ikut sama. penuh bilik hotel di HN hari ni, sebab ramai yang datang. Keluar ke AP dengan DJ beli barang `dia' dan juga makanan. Malam-Naik van untuk ke tempat acraa `dia'. Mulanya taklah rasa orang ramai tapi bila `dia' dah selesai acara, orang bertambah ramai di tempat laluan kami nak balik. Aku masuk dulu dalam van seperti biasa. Alhamdulillah, selamat sampai ke hotel dengan selamatnya. Terus balik ke rumah sebab tak mahu tunggu lama2 nanti jam pulak jalan.

31 OGOS-Salam Merdeka! Sebelum Papa pergi main golf, aku ajak dia dan PSNN ke LM untuk beli barang keperluan dapur. Lepas tu ada pulak teman yang sudi ajak aku keluar. Jalan2, tengok2, lepas tu hirup udara petang di taman..baik untuk kesihatan. Sempat tengok penyu lagi!

1 OGOS-memang dah cadang nak keluar dengan Papa, PSNN dan R hari ni. Tempat pilihan SP. Memang ramai orang tapi sempat jugaklah beli beberapa keperluan Papa untuk ke negara A beberapa hari lagi. Singgah makan sate sebelum balik rumah.

Malam-Ada angin kus2 pulak. Tak ada apa2, pokok pulak bergoyang, Semacam ada ribut. Tertanya2.

2 OGOS-Ke pejabat macam biasa. Ada meeting.