~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Friday, October 03, 2003

20 SEPTEMBER

Aku tidur kat rumah `dia' sejak malam semalam. Takde siapa di rumah, jadi aku, Papa dan PSNN temankan `dia'. Tidur lewat semalam sebab tengok macam2 cerita.

Pagi ni kakak aku telefon, katanya dah ada di KL. Dia datang bersama suaminya yang incharge buat rumah aku. Bila dah tengah hari barulah keluar dengan `dia'. Memula pergi jumpa MO yang dah jadi O untuk buat tempahan baju AE03. lepas tu apalagi, shoppingla. Beli macam2...sampai lenguh jadinya nak bawa beg2 plastik.

Sampai di rumah, dah lembik. Tidur di rumah `dia' lagi. Tidur lewat sebab PSNN tak mahu tidur.

21 SEPTEMBER

Bangun lewat sebab penat. Lagipun hari cuti. Bila dah petang sikit, aku balik ke rumah sebab nak bersiap2 bagi acara malam ni. Datang juga sekadar memeriahkan. Dahlah kena ikut tema, warna merah. Kena bawa hadiah lagi, macam buat gathering dulu2. Lepas tu aku jugak kena naik atas pentas, berikan hadiah kepada pemenang. Iskhhh..tak kuasa betul.

22 SEPTEMBER

Ada tugasan bersama `dia'. Asalnya di LM sahaja, kemudian bertukar tempat ke WC. Lama juga di sana, kemudiannya bertukar tempat lagi ke KLP pula. Habis tugasan, minum-minum kat CB. Papa ada meeting kat sebelah KLP. Bila `dia' ada hal lain, aku tinggalkan saja sebab ada yang menemankan. Aku balik dengan Papa selepas meeting di HJWM.

Tidur lewat sebab siapkan dokumen yang masih belum selesai. Hampir jam 3 pagi baru masuk tidur.

23 SEPTEMBER

Tugasan lagi bersama `dia'. Kali ni jauh, masuk hutan di sekitar KK. Cuaca tak begitu baik, panas, redup pastu hujan. Bila dah petang tu, hujan mula turun lebat. Nasib baik tugasan dah hampir selesai.

Balik macam biasa. Mengamuk lagi aku hari ni hanya kerana perkara yang sama berulang.

Sambung kerja yang belum selesai semalam. Hampir jam 4.30 pagi baru aku tidur.

24 SEPTEMBER

Ada temujanji pada sebelah pagi di TUP. Hantar semua dokumen yang diperlukan. Lega bila dah selesai satu perkara.
Kmeudian balik ke pejabat untuk selesaikan beberapa urusan lain.

25 SEPTEMBER

Tugasan bersama `dia'...nun jauh di K. tak pernah pergi tempat ni. Tugasan habis lewat, pukul 6 baru selesai.

26 SEPTEMBER

Ada meeting. Janji pukul 3 petang, bila sampai ke lokasi, ditangguhkan ke pukul 4 petang. Aku tak dapat join meeting tu, dan balik kerana ada tugasan dengan `dia' malam ini di HSR. Ambil `dia' di rumah kemudian terus ke HSR. Mulanya aku bercadang tak mahu ikut ke majlis malam ini kerana rasa tak kena saja pakaian yang aku pakai. Setelah kena pkasa, aku pergi juga, dahlah kena duduk meja vip. Makanan yang dihidangkan ala chinese food, aku memang tak makan.

Hadir untuk melihat sekali lagi detik bersejarah `dia' Seperti selalu, bangga dengan pencapaian `dia'. Balik tu, aku menyiapkan satu lagi dokumen yang perlu dihantar pagi esok. Tidur pada jam 4.30 pagi lagi.

27 SEPTEMBER

Aku, Papa dan PSNN ke F di HK. Pergi hantar dokumen. makan di sekitar K dengan orang yang dah mula nak menyombong. Hehehheheh. Papa tetiba ajak ke BT tempat yang memang aku nak pergi setiap kali berfizikal macam ni.

Nasib tak begitu baik, tiba di BT, hujan. Pergerakan terbatas tapi menyeronokkan.Sempat menonton magic show. PSNN paling suka bila pergi ke Rabbit Park. Bukan main lagi dia bermain dengan arnab dan bagi arnab tu makan. Rasa macam taknak balik.

28 SEPTEMBER

Ahad hari berehat. tapi tak boleh duduk lama jugak kat rumah, mesti pening kepala. Petang baru keluar dengan Papa dan PSNN. Dia ada latihan di KLP. Lepas latihan, makan dulu di situ sebelum pergi ke mall terbesar yang akan dirasmi esok. Dapat merasmikan untuk duduk dan tidur di hotel sebelah mall tu. Malam ada latihan di mall tersebut.

Pukul 11 lebih malam, aku balik ke rumah untuk ambil pakaian untuk pagi esok.

29 SEPTEMBER

Bersiap pagi sebab acara perasmian bermula jam 10 pagi. `Dia' diundang untuk persembahan. Dua kali, masa perasmian dan masa makan tengah hari.

Bila tugasan selesai, balik ke rumah. Bawa PSNN jalan2 dan beli barangan keperluan yang masih lagi belum smepat dibeli.


30 SEPTEMBER

Aku ikut Papa ke F sebab ada interview. Sekejap saja dalam bili interview tapi nak menunggu giliran saja yang lama. Lepas tu pergi ke TUP pulak untuk meeting. Bila dah habis meeting aku ke lokasi tempat `dia' bertugas. Hari ni rasa macam letih sikit. Nasib baik tak perlu kerja teruk sangat kat lokasi ni.

Lepas tu terus ke RTM untuk acara malam ni pula. `Dia' muncul dalam program BN. Habis tu ada `supper'. Makan bermacam2 jenis kek lapis.

1 OKTOBER

Tugasan lagi bersama `dia' di KDE. Kali ni dengan penerbitan negara seberang. Bawa PSNN tapi tak sanggup nak jaga masa tugasan, Papa hantar dia balik. Aku tunggu `dia' sampai selesai.

Emmm...bestnya naik kereta ni...empuknya.......maroonnya warna! Hehheheheh.

2 OKTOBER

Papa main golf pagi2 lagi. Aku kena minta tolong B untuk ke HM untuk ambil baju `dia'. Kepala pening hari ni, tak tahu kenapa? Lepas ke HM, B tinggalkan aku kat WC. Papa ambil aku di situ. Balik sekejap ke rumah, berehat dan selepas Maghrib, bawa `dia' ke studio.

MHR, itu tajuk hasilnya yang terbaru. Beli sajalah kaset atau cd nanti.......

3 OKT

`Dia' dan Papa ke PL. Aku memang tak boleh ikut. Kena tinggal...huwaaaaaaaaaaa! Walaupun rindu sangat nak ke PL.