~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Tuesday, December 23, 2003

19 DISEMBER

Ke pejabat. Siapkan kerja. Dapat tahu hari Selasa ada presentation.Kelam kabut sedikit jadinya. Esok cuti, ingatkan nak jugak balik kampung untuk sambut birthday PSNN. Bila kakak aku kata, PSNN akan balik hari Ahad, rasa buang masa pulak kalau aku balik esok. Lepak di rumah saja. Bila dah tengah malam baru rasa lapar.

20 DISEMBER

Celik je mata pagi ni, aku terus menelefon ke Pejabat Pos B. Bertanyakan sama ada bungkusan hadiah yang aku kirim ke PSNN dah diterima atau belum. Alhamdulillah, dah sampai cuma mereka belum hantar lagi ke rumah keluarga aku.

Tengah hari tu, aku telefon pula, cakap dengan PSNN. Ucap happy birthday kat dia. Nampaknya dia suka sangat dengan hadiah yang aku kirimkan. Aku dah minta kakak aku adakan majlis kecil untuk sambut birthday PSNN, biar ada kenangan tiap tahun.

Aku diminta menemankan seseorang ke rumah seseorang. Kejadian lucu aku sebagai penjaga wardrobe jadi bahan ketawa. Kemudian ke salun perawatan kecantikan, kali pertama cuba tempat ni. Oklah juga. Hampir 4 jam aku kat sini.

Kemudian sempat singgah di JJ WM. Saja tinjau2 apa yang ada. Beli KFC yang sudahnya masukkan saja dalam peti ais, tak makan. Ngantuk dan tidur.

21 DISEMBER

Sejak semalam dah berkira2 nak bawa apa untuk potluck bersama teman2 hari ni. Memula terfikir nak bawa McD, ada yang bantah. Lepas tu rasa macam nak masak nasi lemak, angin malas pulak muncul. Tak jadi juga. Akhirnya aku belikan kek untuk `birthday girl' (ahaksss) dan juga kek lapis pandan. Semua bertemu di TBJ. Hari ni kena jalan jauh dan mendaki. Lepas habis makan2, berpanas2, borak2, bergambar2, pusing2 dunia...barulah semua menuju ke ekspo di BJ. Pusing2 kat situ, makan2, minum2, main2 teka lagu...kemudian semua dah nak balik.

Balik ke rumah, aku berkemas2, masak2 dan tunggu PSNN, Junior dan R sampai. Pukul 9.45 dorang sampai, abang aku hantar. Hilang rindu. PSNN terus tidur, letih agaknya.

22 DISEMBER

Ke pejabat. Tak menang tangan kerja hari ni. Badan rasa macam nak demam pula. Balik terus ke rumah bila dah habis kerja. Takde mood. Agaknya gigitan PSNN kat bahu aku buat aku jadi lemah. Iskhhh......

Thursday, December 18, 2003

13 DISEMBER

Pagi yang ceria. Kemudian rasa serba salah. Kemudian buat keputusan. Hari ni aku dapat seorang lagi anak saudara. Terawal melawatnya di hospital. Masih belum dimandikan waktu itu. Selesaikan satu kerja di Jalan DO. Kemudian aku ke hospital semula sebelum memulakan perjalanan ke satu destinasi. Tiba di destinasi yang pertama kali aku jejak. Terima kasih kerana sudi mengundang. Tidak sampai sejam, dah bergerak semula. Dapat buah tangan, buah duku. Sampai di rumah dah tengah malam. Berkemas-kemas untuk ke negara jiran esok.

14 DISEMBER

Bangun awal pagi. Dihantar ke KLIA jam 7 pagi. Jam 8 pagi dah tiba di KLIA. Papa dan `dia' menunggu di KLIA sahaja kerana mereka baru sampai dari S. Kemudian kami ke Jakarta. Dalam flight, rasa mengantuk sangat. Sampai di Jakarta, check in hotel dan tidur. Lega dapat tidur 1 1/2 jam.

Lepas tu ke satu acara di T TV. Habis acara, buat latihan pula untuk acara malam esok.habis latihan terus balik ke bilik hotel. Akhirnya surrender untuk buat satu tugasan. Tak sanggup dan hanya buat untuk hasilkan yang terbaik.

15 DISEMBER

Sebelum ke tempat acara malam ini, singgah di pejabat EMI untuk suaikenal. Tempat baru `dia' di negara ini. Sempat makan nasi padang dan sambe ijo di sini. Kemudian baru bertolak ke tempat acara. `Dia' bersiap-siap sambil diselangselikan dengan latihan.

Acara berlangsung 3 jam. Habis acara ada sesi bertemu media di sana. Bila tiba di hotel, sibuk mengemas sebab pagi esok kami akan bertolak awal ke airport.

16 DISEMBER

Dari Jakarta pukul 11 pagi (12 pm waktu Malaysia) dan tiba di KLIA jam 2 pm. Suruh Papa tunggu bagasi. Aku dan `dia' terus keluar ke balai ketibaan. A dah tunggu untuk membawa kami ke hotel SI kerana ada acara cabut undi untuk AJL. Memang `dia' mahu cabut sendiri undi kali ini.

Tiba di tempat majlis, sudah 45 minit berlangsung. Masih sempat untuk acara cabut undi. Giliran ke 7 untuk AJL nanti.
Malam-bertemu teman. Minum dan makan Poktek.

17 DISEMBER

Ada meeting dengan `dia' . Kemudian terus ke tempat MO untuk urusan AJL. Dari tempat MO, terus pula ke tempat latihan di A. 2 jam sahaja latihan. Kemudian balik dan aku tolong `dia' berkemas untuk pemergiannya ke Jepun. Balik ke rumah aku, siapkan keperluan untuk Papa ke Jepun pula.

Antara tidak dan kehendak. Di situ kita bertekak.

18 DISEMBER


Pagi dah bangun, Papa mahu ke airport. Sayonara. Moga `dia' memberi kebanggaan di sana. Aku tinggal seorang. PSNN, Junior dan R masih di kampung. Kakak aku yang tak bagi dorang balik. Iskhh, 2 hari lagi birthday PSNN. Tentu sedih bila tak bersama.

Hari ini aku kirimkan hadiah untuk PSNN. Biar diterima pada hari lahir nanti.

Friday, December 12, 2003

11 DISEMBER

Kena bangun awal pagi dan bergerak ke RTM. Menghadiri undangan majlis berhari raya di sana. Walaupun penat tapi pergi juga. Batuk tak henti-henti lagi.

Ke pejabat, siapkan kerja yang datelinenya esok. Kelam kabut juga dibuatnya. Terpaksa mengejar masa sebab nak hantar PSNN, Junior dan R pula ke B. Dari B, abang aku akan ambil dorang bawa balik ke rumah keluarga aku di KL kecil.

Balik dari B, aku kena ikut ke tempat tugasan `dia'. Kali ni hasil `dia' yang kedua. Lebih kurang 2 jam saja. Enjoy dengar hasilnya kali ni yang ada sentuhan rock sikit. Best bagi aku!

Sebulan lagi.............dah 25 tahun `dia'!


12 DISEMBER

Hari ni Papa ikut `dia' ke negeri S. Ada acara untuk malam esok. Aku tak pergi kerana kena siapkan kerja dan jumpa orang itu dan jumpa orang ini. Nasib baik juga tak ke S, kalau aku ikut, tentu semua kerja ini tertangguh dan ada beberapa peluang yang aku ketinggalan.

Batuk masih belum henti tapi aku minum banyak kali ubat batuk. Nak baik cepat!

Thursday, December 11, 2003

10 DISEMBER

Pagi dah ada tugasan, tak berapa jauh dari rumah. Tugasan `dia'. Peliknya, semalam aku try makan ubat batuk, hari ni tiba2 batuk jadi teruk. Mahu dekat 10 minit aku dalam toilet masa dekat tempat tugasan tadi. Batuk sampai keluar airmata dan air hidung. Balik tu, hantar `dia' dan jenguk rumah aku yang hampir 80% nak siap ubahsuainya. Ok jugaklah, entah bilalah boleh pindah.

Hari ni aku pergi beli barang2 kat LM, ada janji makan malam kat rumah aku. Inilah kali pertama aku nak berjumpa dengan orang2 penting di sebalik orang penting dalam hidup aku.

Terima kasih kerana sudi datang dan bertandang dan bersembang. Rasa selesa.

Tuesday, December 09, 2003

9 DISEMBER

Tak degil..tapi ubat je yang habis. Tak sempat beli ubat baru.Akibatnya sepanjang malam ke subuh tadi, aku asyik terkokol...terkokol..terkokol (batuk).

Ada tugasan pagi. Tak jauh, sekitar A aje.Sambil menunggu tugasan `dia', aku ternampak kat satu sudut kat lokasi ni ada pc. Tanya orang yang ada kat situ, kalau nak guna pc, bayar camana? RM10 untuk 15 minit, katanya. Mahal tu! Tapi sebab bosan, aku guna jugak dan sempat tulis blog ni.

Entah pukul berapalah habis tugasan ni nanti. `Dia' pulak ajak aku jumpa MO lepas ni. Tak sure dapat pergi ke tidak. Baru teringat, kalau tak jumpa MO, maknanya belum buat tempahan untuk AJL nanti. Sempat lagi nih, tinggal dua minggu lagi.

8 DISEMBER

Batuk sepanjang malam semalam. Tak lena tidur dibuatnya. Ada urusan di pejabat. Hampir Maghrib baru balik ke rumah. Rehat 20 minit dan keluar semula untuk tugasan bersama `dia'. Malam ini adalah `hasil'nya yang pertama.Siap dalam masa 2 jam. Aku tak berapa setuju dari awal bila `dia' nak juga buat kerjanya malam ni. Bagi aku biarlah suara `dia' dah betul2 sihat dan pulih. Bila `hasil' dah siap, aku akui dapat tahu ada suara yang tak sihat kedengaran....tapi `dia' rasa itu dah ok. Akukan suka semua benda sempurna. Jika boleh disempurnakan lagi...bertambahlah baik.

Serba tak kena? Naik angin? Perjalanan hari selalunya tak sama. Setiap kita melaluinya dengan detik dan cerita yang berbeza. Antara sedar atau tidak, setiap jejak yang kita pijak, ada waktunya datang menghenyak, walau cuba untuk dielak.Tak selalunya cerah indah, tak selalunya mendung merudung, tak selalunya duka berkabung. Ada hari kita dihadiahkan ceria, bahagia, gembira, berseronok dalam hari yang serba elok.

Monday, December 08, 2003

Ramadhan

Biasanya sehari sebelum tibanya bulan Ramadhan, kami semua dah berkumpul di kampung, tak kira rumah keluarga aku atau keluarga Papa. Kali ini hambatan masa membuatkan semuanya berubah, aku dan Papa tidak pulang pada sambutan hari pertama Ramadhan. Setelah 3 hari berpuasa, barulah kami pulang ke kampung.

Kepulangan aku kali ini sudah bertambah seorang. Junior buat pertama kalinya ikut aku balik bertemu dengan wan, mak sedara, pak sedara dan sepupu-sepupunya. Junior rileks je, dia ni memang cool habis.

Paling aku tak tahan bila tiba waktu berbuka puasa. Dahlah aku masih lagi dalam berpantang, bukan boleh makan atau minum sebarangan lagi. Juadah dan kuih muih memang menggoda aku. Yang paling aku teringin ialah badak berendam, sempat juga makan sebiji. Sedap..tambah lagi sebiji. Kakak aku dah tak kuasa melarang, lagi suruh aku makan adalah.

Tak lama aku di kampung, banyak kerja yang harus aku dan Papa selesaikan di KL Besar. Hari keempat di kampung, aku, Papa, PSNN, Junior dan R balik semula ke KL besar. Kerja menanti....berlambak!!!!

Cerita November

November ni aku dah mula kerja. Aku dah ikut temankan `dia' ke majlis-majlis berbuka puasa. Aku dah selalu sangat ke pejabat, pergi meeting di luar dan juga pergi shopping untuk persediaan raya.

Aku juga sempat siapkan macam2 benda untuk HMI `dia' sempena raya, dan paling best aku tak miss duduk belakang stage bila `dia' buat rakaman HMI ni.

Aku juga angkut PSNN, Junior dan R ke JB untuk kerja `dia'. Junior belum 2 bulan dah aku bawa masuk hutan. Nasib baik takde apa2 berlaku, semuanya ok. Cuma bila balik ke rumah saja, Junior menangis dan tak boleh tidur. Kejap aje, lepas tu dia ok.

November juga aku, Papa, `dia' dan mak mentua aku menjadi tetamu Allah. Payah nak meninggalkan anak2 pada mulanya, tapi itu pada mulanya saja. Bila dah berada di `sana' aku, rasa tenang dan tak fikirkan sangat pasal dua buah hati aku tu.

19 November-27 November

Kelam kabut sejak dari rumah sebab buat persediaan `last minute', sehinggalah Papa tersasar jalan menuju ke KLIA. Asalnya ikut Kesas Highway, dah masuk Federal Highway. Asalnya nak bersembahyang sunat ihram di masjid dekat KLIA dah jadi sembahyang kat surau di KLIA saja.

7 jam dalam flight, aku tak bazirkan masa. Tak ada rasa nak tidur tapi aku paksakan diri untuk tidur sebab bila tiba di sana nanti, tentunya aku akan penat.

1 pagi-Tiba di Jeddah. Syukur yang teramat. Diterima menjadi tetamu. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah makan masa 45 minit. Tuhan saja yang tahu debarnya hati aku masa tu. Hati yang lain aku rasa begitu juga.

Tiba saja di Mekah, aku sekali lagi memanjatkan rasa syukur. Check in hotel, dan kemudian bersiap untuk mengerjakan umrah. Jam 2.30 pagi, kami menuju ke Masjidil Haram, kaki rasa melayang2 sebab tak percaya. Bila masuk dalam masjid tu lagilah rasa macam nak melayang, bila nampak Kaabah aku tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu.

Tawaf, Saie, Tahallul, maka sempurnalah umrah kami pagi itu. Alhamdulillah.

Rutin kami selama di Mekah, macam biasa, tapi memang tak ingat pasal kerja langsung. Ada waktu, kami akan kerjakan umrah lagi. Alhamdulillah, dapat kerjakan 7 kali umrah. Alhamdulillah, apa yang aku hajatkan sejak awal aku usaha untuk mendapatkan dan melakukannya. Berdoa di Multazam, bersembahyang di Makam Ibrahim, berdoa di Hijr Ismail, mengucup Rukun Yamani dan Hajar Aswad dan aku masih rasakan betapa syahdunya bila aku dan `dia' berdua dapat berdoa di hadapan pintu Kaabah pada satu petang selepas hujan.

Hari raya di Mekah juga macam biasa, rezeki, ramai yang mengundang. Dapat jugalah merasa lemang, rendang, nasi impit dan kuih2 raya. Hari raya pertama kami berehat. Menziarah saja.

27 November

Istimewanya ulangtahun perkahwinan aku dan Papa disambut di Mekah, depan Kaabah. Aku rasa terharu sangat. Macam2 doa aku panjatkan. Selama 5 tahun ni aku bersyukur kerana dalam apa saja rintangan dan dugaan dalam rumahtangga, kami masih bertahan.

Lebih istimewa kerana pada detik ulangtahun ini, kami dapat mencium Hajar Aswad. Tidak mudah, bertolak2 dan aku lebam di kaki. Papa lebam di lengan.

Iklan kejap........

Seketika Mencium Harumnya
(Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 5)

Seharum apa lagi pinta hati
Tidak kasturi apa lagi setanggi
Di rumahMu ini cinta bertali
Bersatu hati mengota janji

Di bawah lembayung Kaabah
Restu suci kota Mekah
Kami berdua datang menyerah
Mohon damai dalam ukhuwah

Bila langit membuka
Bersaksi seluruh semesta
Terpana tanpa suara
Hanya hati yang berkata

``Kami ini tetamu kerdil, yang datang dipanggil,
Bertamu dirumahMu,dengan tujuan satu''

Seutuh Jabal Rahmah
Mengharap kasih tak berkesudah
Seharum Hajar Aswad
Mengharap kasih ke liang lahad.

Sangdewi.27 November 2003.3.20am.Mekah.

Bila tiba waktu meninggalkan Mekah, aku rasa terharu sangat. Aku pandang Kaabah lama sangat. Aku rasa sayu sangat. Semuanya sangat.

Tiba waktu ke Madinah, menaiki van dari Mekah kira-kira 6 jam perjalanan. Bangga dengan Kota Madinah. Hari pertama di sini, aku ambil peluang bersembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi.

Esoknya kami dibawa melawat ke tempat2 bersejarah. Rasa sayang kepada Rasulullah tambah menebal. Berusaha ke Makam Rasulullah dan Raudah selepas sembahyang Jumaat. Tidak mudah. Ruang yang sempit tetapi ribuan orang mahu ke sana. Alhamdulillah, dapat menziarah makam Rasulullah dan mengambil kesempatan sebanyak mungkin untuk berdoa dan bersembahyang di Raudah.

Hari terakhir di Madinah, aku ke Makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal dan sekali lagi berkesempatan berada di Raudah. Terlalu sukar nak menggambarkan perasaan berpeluang berada di taman syurga ini, tempat yang mustajab untuk berdoa.

Meninggalkan Madinah dan ke Jeddah. Sempat pergi ke Laut Merah. Kemudian menunggu malam untuk berlepas pulang ke tanah air. Selamat Tinggal. Kerinduan Memukal.

Kalau dapat menggambarkan perasaan menjadi tetamu Allah, berkesempatan menjejak kaki ke Mekah dan Madinah, berpeluang menziarah, memandang dan menyentuh Kaabah, mahu saja dikarang untuk menjadi tatapan sejarah.

Aku tak selalu rasa diri beruntung dan bertuah, tapi kali ini tiap kali tangan menadah, tiap kali doa dilimpah,tiap kali airmata tertumpah, aku rasa kasih sayang pada Dia semakin meruah dan kepadaNya saja diri menyerah.

Cerita Disember

Selepas pulang, aku masih batuk dan selsema. Belum baik saat blog ini ditulis. Tapi dah beransur pulih. PSNN dan Junior dah bersama aku. aku sempat pulang ke kampung beberapa hari dan bawa mereka kembali ke KL besar.

Disember ini aku kembali sibuk. Banyak kerja penting yang harus dibuat.
Ramadhan

Biasanya sehari sebelum tibanya bulan Ramadhan, kami semua dah berkumpul di kampung, tak kira rumah keluarga aku atau keluarga Papa. Kali ini hambatan masa membuatkan semuanya berubah, aku dan Papa tidak pulang pada sambutan hari pertama Ramadhan. Setelah 3 hari berpuasa, barulah kami pulang ke kampung.

Kepulangan aku kali ini sudah bertambah seorang. Junior buat pertama kalinya ikut aku balik bertemu dengan wan, mak sedara, pak sedara dan sepupu-sepupunya. Junior rileks je, dia ni memang cool habis.

Paling aku tak tahan bila tiba waktu berbuka puasa. Dahlah aku masih lagi dalam berpantang, bukan boleh makan atau minum sebarangan lagi. Juadah dan kuih muih memang menggoda aku. Yang paling aku teringin ialah badak berendam, sempat juga makan sebiji. Sedap..tambah lagi sebiji. Kakak aku dah tak kuasa melarang, lagi suruh aku makan adalah.

Tak lama aku di kampung, banyak kerja yang harus aku dan Papa selesaikan di KL Besar. Hari keempat di kampung, aku, Papa, PSNN, Junior dan R balik semula ke KL besar. Kerja menanti....berlambak!!!!

Cerita November

November ni aku dah mula kerja. Aku dah ikut temankan `dia' ke majlis-majlis berbuka puasa. Aku dah selalu sangat ke pejabat, pergi meeting di luar dan juga pergi shopping untuk persediaan raya.

Aku juga sempat siapkan macam2 benda untuk HMI `dia' sempena raya, dan paling best aku tak miss duduk belakang stage bila `dia' buat rakaman HMI ni.

Aku juga angkut PSNN, Junior dan R ke JB untuk kerja `dia'. Junior belum 2 bulan dah aku bawa masuk hutan. Nasib baik takde apa2 berlaku, semuanya ok. Cuma bila balik ke rumah saja, Junior menangis dan tak boleh tidur. Kejap aje, lepas tu dia ok.

November juga aku, Papa, `dia' dan mak mentua aku menjadi tetamu Allah. Payah nak meninggalkan anak2 pada mulanya, tapi itu pada mulanya saja. Bila dah berada di `sana' aku, rasa tenang dan tak fikirkan sangat pasal dua buah hati aku tu.

19 November-27 November

Kelam kabut sejak dari rumah sebab buat persediaan `last minute', sehinggalah Papa tersasar jalan menuju ke KLIA. Asalnya ikut Kesas Highway, dah masuk Federal Highway. Asalnya nak bersembahyang sunat ihram di masjid dekat KLIA dah jadi sembahyang kat surau di KLIA saja.

7 jam dalam flight, aku tak bazirkan masa. Tak ada rasa nak tidur tapi aku paksakan diri untuk tidur sebab bila tiba di sana nanti, tentunya aku akan penat.

1 pagi-Tiba di Jeddah. Syukur yang teramat. Diterima menjadi tetamu. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah makan masa 45 minit. Tuhan saja yang tahu debarnya hati aku masa tu. Hati yang lain aku rasa begitu juga.

Tiba saja di Mekah, aku sekali lagi memanjatkan rasa syukur. Check in hotel, dan kemudian bersiap untuk mengerjakan umrah. Jam 2.30 pagi, kami menju ke Masjidil Haram, kaki rasa melayang2 sebab tak percaya. Bila masuk dalam masjid tu lagilah rasa macam nak melayang, bila nampak Kaabah aku tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu.

Tawaf, Saie, Tahallul, maka sempurnalah umrah kami pagi itu. Alhamdulillah.

Rutin kami selama di Mekah, macam biasa, tapi memang tak ingat pasal kerja langsung. Ada waktu, kami akan kerjakan umrah lagi. Alhamdulillah, dapat kerjakan 7 kali umrah. Alhamdulillah, apa yang aku hajatkan sejak awal aku usaha untuk mendapatkan dan melakukannya. Berdoa di Multazam, bersembahyang di Makam Ibrahim, berdoa di Hijr Ismail, mengucup Rukun Yamani dan Hajar Aswad dan aku maish rasakan betapa syahdunya bila aku dan `dia' berdua dapat berdoa di hadapan pintu Kaabah pada satu petang selepas hujan.

Hari raya di Mekah juga macam biasa, rezeki, ramai yang mengundang. Dapat jugalah merasa lemang, rendang, nasi impit dan kuih2 raya. Hari raya pertama kami berehat. Menziarah saja.

27 November

Istimewanya ulangtahun perkahwinan aku dan Papa disambut di Mekah, depan Kaabah. Aku rasa terharu sangat. Macam2 doa aku panjatkan. Selama 5 tahun ni aku bersyukur kerana dalam apa saja rintangan dan dugaan dalam rumahtangga, kami masih bertahan.

Lebih istimewa kerana pada detik ulangtahun ini, kami dapat mencium Hajar Aswad. Tidak mudah, bertolak2 dan aku lebam di kaki. Papa lebam di lengan.

Iklan kejap........

Seketika Mencium Harumnya
(Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 5)

Seharum apa lagi pinta hati
Tidak kasturi apa lagi setanggi
Di rumahMu ini cinta bertali
Bersatu hati mengota janji

Di bawah lembayung Kaabah
Restu suci kota Mekah
Kami berdua datang menyerah
Mohon damai dalam ukhuwah

Bila langit membuka
Bersaksi seluruh semesta
Terpana tanpa suara
Hanya hati yang berkata

``Kami ini tetamu kerdil, yang datang dipanggil,
Bertamu dirumahMu,dengan tujuan satu''


Seutuh Jabal Rahmah
Mengharap kasih tak berkesudah
Seharum Hajar Aswad
Mengharap kasih ke liang lahad.

Sangdewi.27 November 2003.3.20am.Mekah.

Bila tiba waktu meninggalkan Mekah, aku rasa terharu sangat. Aku pandang Kaabah lama sangat. Aku rasa sayu sangat. Semuanya sangat.

Tiba waktu ke Madinah, menaiki van dari Mekah kira2 6 jam perjalanan. Bangga dengan Kota Madinah. Hari pertama di sini, aku ambil peluang bersembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi.

Esoknya kami dibawa melawat ke tempat2 bersejarah. Rasa sayang kepada Rasulullah tambah menebal. Berusaha ke Makam Rasulullah dan Raudah selepas sembahyang Jumaat. Tidak mudah. Ruang yang sempit tetapi ribuan orang mahu ke sana. Alhamdulillah, dapat menziarah makam nabi dan mengambil kesempatan sebanyak mungkin untuk berdoa dan bersembahyang di Raudah.

Hari terakhir di Madinah, aku ke Makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal dan sekali lagi berkesempatan berada di Raudah. Terlalu sukar nak menggambarkan perasaan berpalung berada di taman syurga ini, tempat yang mustajab untuk berdoa.

Meninggalkan Madinah dan ke Jeddah. Sempat pergi ke Laut Merah. Kemudian menunggu malam untuk berlepas pulang ke tanah air. Selamat Tinggal. Kerinduan Memukal.

Kalau dapat menggambarkan perasaan menjadi tetamu Allah, berkesempatan menjejak kaki ke Mekah dan Madinah, berpeluang menziarah, memandang dan menyentuh Kaabah, mahu saja dikarang untuk menjadi tatapan sejarah.

Aku tak selalu rasa diri beruntung dan bertuah, tapi kali ini tiap kali tangan menadah, tiap kali doa dilimpah,tiap kali airmata tertumpah, aku rasa kasih sayang pada Dia semakin meruah dan kepadaNya saja diri menyerah.

Cerita Disember

Selepas pulang, aku masih batuk dan selsema. Belum baik saat blog ini ditulis. Tapi dah beransur pulih. PSNN dan Junior dah bersama aku. aku sempat pulang ke kampung beberapa hari dan bawa mereka kembali ke KL besar.

Disember ini aku kembali sibuk. Banyak kerja penting yang harus dibuat.

Saturday, December 06, 2003

Dah dua bulan lebih tak menulis. Setelah itu kembali........

4 OKTOBER

Ada Indah Di Senyummu

Ada indah di senyummu
Ada kasih di tangismu
Ada rindu di wajahmu

Dalam dakap panjang
Dalam belai sayang
Semua duka terbuang

Anugerah ini cahaya
Menyinar tiap ketika
Mensyukuri satu kurnia

Sayang....
Putera nama bergelar gahara
Saiful berpedangkan kental jiwa
Nabil indahnya seluruh raga
Nabhan termulia pelengkap segala

Sangdewi.3.28pm.4 Oktober 2003.

Kisah Oktober

Berpantang. Terkurung dalam rumah sendiri. Tak balik kampung. Mentua sudi menjaga. Naik gila bila lama di rumah. Tak buat apa2. Kepala jadi pening. Selepas seminggu, bawa PSNN Junior ke hospital, kali pertama terkena cahaya matahari, mata aku berpinar-pinar.

Berbarut, berpilis, mandi air macam2 daun, berurut, rutin dalam tempoh dua minggu. Selepas itu dah rasa tak tahan. Aku mula ke pejabat, mula menghadiri meeting di luar. Ramai yang bising, mereka kata orang berpantang tak boleh itu...tak boleh ini..duduk saja di rumah. Kata-kata ini buat aku bengang, bosan, sebab aku rasa macam nak gila duduk saja2 di rumah.

Aku tak peduli, bukannya buat kerja berat pun, pergi pejabat siapkan apa saja kerja yang perlu sebab memang banyak sangat urusan yang aku kena buat. Urusan tentang persatuan baru yang syarikat aku sertai juga bukan sedikit kerjanya.

Dalam tempoh berpantang ini juga, aku punggah anak beranak duduk di hotel dekat SA. `Dia' terlibat dengan separuh akhir AJL. 2 lagu masuk, 1 saja yang sangkut. Jumpa teman2 yang datang melawat aku dan juga Junior waktu di hotel. Best!

Papa juga tak selalu ada di rumah kerana sibuk menguruskan `dia' yang ada urusan kerja di luar KL. Oktober ini dipenuhi rasa bosan sebenarnya. Aku selalu berfikir, ramai orang rasa bosan kalau kena buat kerja, tapi aku rasa bosan kalau tak kerja. Cepatlah berakhir musim berpantang...............