~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Tuesday, March 16, 2004

KLIA,5.58pm,16 Mac

Sudah hampir 3 bulan aku tidak menulis apa-apa di blog ini.Jika sebelum ini ada waktu yang boleh dicuri2 tetapi sejak awal 2004, hambatan kerja membuatkan blog ini sepi tak bertulis.Terlalu banyak cerita yang telah tertinggal untuk setiap hari2 yang aku lalui sebelum ini.Cerita yang pelbagai dan tentunya ada yang mahu kuingat dan ada sebaliknya. Berkira atas nama memori, setiap yang manis dan pahit akan manis akhirnya untuk dikenang.Hambatan waktu dan keterlewatan waktu membuatkan untuk permulaan 2004 ini aku menulis dengan menghimpunkan semua perasaan dalam setiap bulan yang kulalui.

JANUARI:Permulaan 2004 yang baik. Biarpun ada beberapa titik hitam dalam hidup tetapi itu sudah menjadi satu kebiasaan. Aku seperti hari2 biasanya melipatgandakan kerja untuk `dia'.Perancangan awal dalam semua perkara harus dibuat agar apa yang dihajati terlaksana.Ada kecemerlangan dalam kerja `dia'.Di situ juga detik manis yang mahu dikenang.

FEBRUARI:Hambatan kerja semakin bertambah.Tidak cukup waktu untuk diri sendiri.Meninggalkan PSNN dan PSNN junior semakin kerap.Entah mereka faham atau tidak erti pengorbanan ini bila dewasa kelak?Bermacam-macam perkara yang perlu di laksana di dalam dan luar negara.Semua ini membanggakan aku untuk satu rasa bangga kepada `dia'. Ada palitan titik hitam, atas sebuah penyesalan palsu.

MAC:Seperti lazimnya, semakin hari beredar, semakin banyak beban kerja. Ada yang membuatkan aku hampir pengsan, rehat yang tidak cukup dan terlalu banyak berfikir.Tidak membuatkan aku letih, sebaliknya jadi lebih gigih.Kelangsungan dari titik hitam masih terjadi pada bulan ini.

Semoga hari2 selepas ini terus berubah dan semakin indah.Aku masih di KLIA, menunggu flight yang tertangguh hampir 3 jam. Masih ada waktu sekitar 1 jam aku di sini.Mahu ke PL, tempat bersejarah aku waktu lepasan STPM. Mencari rezeki di tempat orang dan pernah kuceritakan di sini. Ke PL untuk kerja bersama `dia' . Menyiapkan 3D yang akan menemui penonton sekitar April nanti

SETELAH JUJUR

Jika bulan malam nanti tak lagi berseri
Usah mencari kesalahan diri

Jika mentari pagi esok tidak lagi bercahaya
Usah timbul soal benar atau silapnya

Jika pelangi petang nanti tak lagi berwarna
Usah pula mencari makna lega dan seksanya

Beza semua ini
Menjadi hari tak seindah biasa
Atau
Beza semua ini
Menjadi hari semakin bermakna

Jika kata ini terhenti di sini
Aku sebenarnya sudah lama jauh bermimpi
Sehingga ke detik ini kaki masih tak menjejak bumi

Bulan malam
Mentari pagi dan..
Pelangi petang

Semuanya kan kembali bermakna
Setelah sejujurnya ku mendengar apa yang kau suara.

SANGDEWI,KLIA,16 MAC,6.19pm.