~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Monday, August 23, 2004

Sudah lebih 4 bulan tidak menulis walau 1001 cerita terlakar saban hari. Sukar hendak mengingatkannya satu-satu tapi semua itu cukup untuk dilengkapkan dalam sebuah buku.
16 Mac lalu tulisan yang terakhir. Selepas semuanya, ini susulan tulisan mutakhir.
Seminggu berlalu, berusaha untuk Hari Ibu pula. Bukan tanggungjawab kecil kerana kejayaan Minggu Setiausaha harus dipanjangkan untuk kecemerlangan pada Hari Ibu.

Berjalan lancar, menarik, menyentuh hati dan menghiburkan. Sederhana tetapi sempurna. Petang untuk puas dan bergembira. Habis acara, keluar bersama teman setelah sibuk yang lama. Minum, borak macam tak ada masa bertemu lagi selepas ini.Mmmmm..memang selalunya akan begitu.

Mac selepas 16.

Berada di Langkawi bagai memutarkan semula semua memori. Bezanya kali ini di pulau yang lain iaitu Rebak Marina. Sepanjang dalam kapal terbang, mendarat di Padang Matsirat, menaiki feri ke pulau Rebak Marina, dan menjejakkan kaki di Hotel Rebak Marina, hanya Tuhan yang tahu perasaanku yang bercelaru. Malas mengingati, cukup hanya untuk disimpan di dalam hati.

Bekerja untuk 3D hampir seminggu. Mahu menyudahkan lebih kurang 10 episod lagi. Masa menghambat tetapi masih berusaha memberikan yang terbaik. Kali ini PSNN, PSNN junior dan R turut serta. Sambil bekerja, sambil bercuti membawa keluarga.

Selesai kerja di Langkawi, pulang ke KL kecil untuk sambungan kerja 3D. Selesai dalam masa 2 hari. Sambung kerja di KL untuk 1 episod SS.

Sidang media SS dan 3D melakar sejarah. Dia bergelar satu lagi `P’. Bangga dengan apa yang tercapai, menumpang satu kegembiraan. Puas walau penuh duga, yakin dengan apa yang diusaha.

April

Menggamit tahun ke 9 `dia’ dalam industri. Persediaan untuk Minggu Setiausaha bermula. Beza kali ini syarikat bertanggungjawab besar menganjur dan melaksana. Kerja bercabang dua, apatah lagi PS akan muncul dalam waktu yang sama.

Alhamdulillah, selepas PS selesai dilancarkan, konsentrasi 2 hari selepasnya kepada Minggu Setiausaha pula. Antara persembahan yang memuaskan hati. Lancar, bertenaga, berbeza dan mengundang ceria dan ketawa. Seronok tanda puas.




AIM pula. Tak ada apa yang di`aim’. Tanggungjawab `dia’ kali ini selain dari tercalon adalah membuat persembahan. My All Mariah Carey yang dimariah karikan. Lama-lama dengar, jadi ok pula.

Malam AIM yang indah buat `dia’. Kejayaan tak disangka. EMAS yang membawa berkat. Manisnya bila di sebalik penat jerih, apa yang tidak terfikir dapat diraih.

Jakarta lagi. Dua video klip di siapkan untuk PS `dia’. Sedikit penat kali ini kerana waktu yang singkat dan kerja macam tak ada siang lagi.

Ke Taiwan dengan rasa sedikit lesu pada mulanya. Tinggal di hotel bersebelahan bangunan tertinggi di dunia. `Dia’ di pentas diharap membuka jalan pemula bagi suatu lagi kejayaan. Penerimaan yang baik.

Beberapa acara dijalankan, penat badan tidak mengapa asal dapat menempa nama. Tidak ada masalah soal makan, ada orang Malaysia yang hari-hari menyediakan hidangan. Sempat ke Night Market untuk meninjau, banyak koleksi pakaian yang memukau. Ambil beli ambil beli. Puas.

Sidang media untuk SNFT. Pengumuman yang mungkin menggembirakan semua penggemar `dia’. Perancangan yang lama akhirnya terlaksana. Semoga lancar dan doa mengiringi agar semuanya berjalan baik sehingga 21 Ogos nanti.

Malam menjelang hari lahir yang terisi di coffee house Istana Hotel kemudian ke sesi karaoke. Bersama Papa dan beberapa teman.

11 Mei yang dikuarantin dari pagi.Entah apa perancangan teman-teman. Memikirkan yang bukan-bukan dan banyak perkara mengerikan. Penuh misteri dan rahsia.

Sambutan dibuat di rumah seorang teman. Menyediakan menu di rumah dan bawa ke rumah di K. Ramai teman-teman berkumpul.

Acara bermula. Sudah berada di tangga. Ramai yang berkumpul dalam bilik yang gelap gelita. Hanya V yang menanti di tangga. Diajak masuk, walaupun rasa takut. Gelita dan nyanyian lagu hari jadi sedikit sumbang kedengaran. Ada kek dan lilin.Kemudian lampu dipasang. Bilik yang dihias dengan poster hari jadi serta belon dan juraian riben. Acara makan-makan dahulu kerana semua lapar.

Sesi kedua, aku didera. Dipakaikan baju tarzan. Semua yang hadir juga berpakaian beragam. Kemudian sesi penganugerahan pula. Diberi Anugerah Kembara bersama kawan-kawan. Terima kasih.

Seterusnya acara tayangan. Satu tayangan yang sungguh best. Dikenang sampai bila-bila.

Buat semua, terima kasih.

Hari Ibu pula. Bukan tanggungjawab kecil kerana kejayaan Minggu Setiausaha harus dipanjangkan untuk kecemerlangan pada Hari Ibu.

Berjalan lancar, menarik, menyentuh hati dan menghiburkan. Sederhana tetapi sempurna. Petang untuk puas dan bergembira. Habis acara, keluar bersama teman setelah sibuk yang lama. Minum, borak macam tak ada masa bertemu lagi selepas ini.Mmmmm..memang selalunya akan begitu.

Ke Jakarta lagi. Mengisi beberapa acara. `Dia’ menerima penganugerahan juga di SCTV. Selebihnya acara di Indosiar.

Selesai di Jakarta, mengisi beberapa jadual kerja di Kuala Lumpur termasuk ke majlis Nickelodeon Awards. `Dia’ dipilih kanak-kanak sebagai pemenangnya.