~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Tuesday, April 25, 2006

Ada ruang untuk menulis sementara menunggu waktu kerja habis. Di pejabat, datang lewat kerana badan tak berapa sihat.

Semalam berakhirnya satu penantian. Apa yang dikerjakan sudahpun berada dipasaran. Sedang orang lain sibuk mengulit diri dengan melodi baru, aku tidak sepenuhnya tertumpu. Maklum saja, sejak berbulan lalu semua itu sudahpun berlagu, bukan jemu cuma hari ini telinga seakan menolak tidak mahu.

Itu cerita tentang hari ini. Aku ulser lagi sudahpun beberapa hari. Bercakap minima sekali dan selebihnya aku buat hal sendiri. Semalam juga kunjungan D dari akhbar K yang tidak sabar mendapatkan hasil terbaru, membawa kami dari pejabat, ke KLP dan seterusnya ke SH hinggalah malam bertamu.

Tulisan terakhir sebelum ini aku juga terkena ulser, bulan ini kena lagi, doktor kata tekanan adalah punca, walaupun adakalanya disebabkan terkena berus gigi waktu `mencuci' gigi.

Kisah Mac yang lalu banyak jugak yang tidak sempat kutulis di sini. Mac berlalu dengan aktiviti yang banyak kaitannya dengan Transkripsi. Semuanya harus diperhalusi, dibuat berhati-hati. Dia juga muncul di satu sidang media untuk acara di QH. Hadir tidak lama, sebelum itu sempat mengabadikan foto untuk majalah S yang terkenal dengan hidangan enaknya. Seakan-akan tahu diri diburu, selepas sahaja tamat semuanya, kami segera berlalu.

Selang sehari selepas acara di QH, aku membawa dia ke satu temubual di sebuah radio yang berkaitan dengan acara yang bakal dijayakan. Bertemu seseorang yang sudah kujangkakan. Apa yang mahu dirungkai, apa yang boleh dihurai??? Mahu dengar daripadaku, inilah ceritanya apa yang berlaku? Aku tahu pertemuan adakala memberi hikmah, entah! Jika benar begitu, benar juga sangkaanku. Sejak dulu aku sudah terfikir puncanya begitu. Pertemuan itu sekurang-kurangnya memberi gambaran sebenar, walaupun sukar, aku tidak mahu persoalan terus berlegar.

Fuh!Ada satu hari yang aku sendiri tidak mampu untuk memberi kategori. Pertemuan 3 pasang mata yang mungkin aku idamkan selama ini? Mungkin hanya mengidam tapi tidak mahu mencampuri. Terkilan dengan anggapan dan tuduhan, sungguh terkesan di hati. Penting sangatkah aku jika terheret sejauh ini? Papa juga aku turut bersimpati. Remuk sungguh rasa hati. Maaf kerana aku benar-benar tidak menyukai semua ini namun aku juga manusia yang ada hati. (Menamakan orangnya yang satu lagi tidak ada huruf...cuma aku cukup gusar dengan cara dirimu, mungkin aku jadi semakin membaca dirimu juga)

Jangan memandang aku atas perlunya itu, aku bukan Tuhan dan aku tidak akan mengganggumu? Cuma jangan heret aku kerana apa yang dimahumu, bukan urusanku, kerna aku bukan siapa2, benarkan? Aku bukan siapa2??? Kerna itu, sedekad aku duduk berteleku, sekelumit pun tak pernah baunya dapat kau hidu. Cuma hamis, kotor, jijik, apatah lagi di sekelilingmu adalah orang-orang yang membenciku. Mana mungkin kejujuranku dapat kau pandang, atau keprihatinanku kau kenang atau sebahagian hidupku padamu saja terbuang. Sekalipun tak pernah sesal, cuma ironinya, aku yang kian menyesal.

Jangan adu pada mereka jika aku dah tak kau suka, atau aku buat kau tak selesa hanya kerana satu perkara, yang aku sendiri tidak tahu takdirnya.

Mac juga membawaku dan dia ke kota Singa. Menjayakan APM di sana, lagu terbaru dipertaruhkan, kataku pada penganjur, lagunya dari Indonesia, penyanyinya dari Malaysia dan siaran eksklusif diperdengarkan kali pertama di Singapura. Bukankah adil dan saksama?
Dia unggul kali keenam dengan anugerah yang sama.

Urusanku dan urusan Papa begitu banyak. Sedang waktu terus berganyak. Jadinya kerja harus dibahagi dua. Aku ke Singapura, Papa ke Indonesia dan aku seterusnya ke Jepun pula. 3 hari di K, Jepun, aku melihat pembangunan yang cepat selepas kejadian gempa 10 tahun lalu. Tempat yang pertama kali dijejak, tentu banyak yang ingin tahu. Cuaca sejuk, cherry blossom yang sedang berbunga, melawat tempat bersejarah serta sempat ke masjid tertua di bandar K yang tidak roboh waktu kejadian gempa begitu menggembirakan. Berfoto sakan untuk membawa pulang kenangan.

Sebelum mengakhiri Mac, dia mengadakan latihan satu acara untuk memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. Berubah gaya, membawa lagu penuh makna, cukup untuk menutup Mac dengan bahagia.

Bertemu lagi dengan teman lama, membawaku berjumpa ibunya. Kukira aku sudah bisa melupakan kisah lama atau aku sengaja tidak mahu menambah luka.

April....

1 April- Sedekad berlalu. Apa yang paling kurindu????

Malam-Dia dia Malam Sinar Maulidur Rasul di SM, SA.

Setahun lalu aku nun jauh di negara orang. Masih rindu untuk kembali bertandang, insyaAllah jika rezeki datang. Mungkin kunjungan kedua bukan lagi kerana kerja tetapi bersama teman atau keluarga, menyelusuri sepanjang kota. Aku suka kota itu, mungkin banyak yang menarik hatiku. Paling tidak aku mahu berjemur di Hyde Park, mahu berfoto, mahu duduk membaca di bawah rendang pokok, bersampan dan ke tempat yang R tak sempat pergi, Greenwich. Bilakah waktunya? Aku sendiri tidak tahu. Selain PD dan PL, aku hanya teruja ke London.Oppsss...Paris juga.

3-5 April-Ke Jakarta untuk promosi RAH. Hari yang padat dan begitu penat. Jam 3 pagi masih lagi di lokasi, sedang semua orang bermimpi, dia masih lagi bernyanyi.

RAH dilancarkan, bertemu orang media, ke radio dan selang waktu yang ada ke plaza berdekatan. Itu sahaja yang dilakukan. Di sana, aku juga jadi tumpuan, malu dan tidak mahu memberi jawapan, sedang kamera berkelip-kelipan, lampu juga berkilauan. Aduh......dengan loghat Indon aku cuba menjelaskan atau membawa keluar tajuk persoalan.

Pulang ke KL, sidang media untuk produk O, kerjasama baru. Sebelum ke majlis itu, kerana tidak berhati-hati, basah kuyup seluarku. Segera mencapai seterika, supaya bahagian basah boleh dikeringkan. Nasib baik agak lewat sidang itu dijalankan.

Sempat memperdengarkan hasil terbaru dia, dan tentunya sidang untuk masih menjadi tumpuan utama untuk hal-hal yang tersasar dari memperkenalkan O. Lazimnya begitu.........mujurlah penganjur sudah berpesan, jangan tanya hal yang keluar dari batasan.

Pulang, singgah di pejabat hingga jam 3 pagi. Menyiapkan hal-hal terakhir Transkripsi. Nasib baik ada yang sudi menemani. Bila sampai di rumah, mata masih belum boleh terpejam, capai laptop dan sambung kerja lagi.

Sebelum ke Kuantan, ada perkara yang harus diselesaikan. Tidak puas hati dengan hasil pertama, aku mengaturkan satu sesi foto kali kedua. Biar nampak berbeza.

FMI-Tiga hari di Kuantan. Padat dengan acara sukan dan persembahan. Membawa obor, berlari, bermain bola jaring dan membuat persembahan, dia diberi tugasan. Berkali-kali mengadu sakit tapi tinggi semangat kesukanan. Pada hari kedua, PSNN datang dibawa teman.
Oleh kerana jadual penuh, tak banyak masa dapat diluangkan.

Pulang dari Kuantan, sibuk dengan pelbagai urusan sehingga poersembahan untuk MS, hanya sehari masa yang ada untuk latihan. Malam sebelumnya, sempat berjumpa semua, mengatur acara dan sepakat sebulat suara.

Dua hari dia di MS, dua hari yang berbeza rasa dan situasi.Kehadiran dipuji. Ramai yang masih menonton pujaan hati. Sederhana namun memberi makna. Moga semuanya pulang dengan bahagia. Setiap hari selepas MS, malamnya acara lain menanti. Masa begitu berharga sekali, walaupun terkejar ke sana ke mari, bila semuanya terlaksana, lega rasa di hati.

Transkripsi-Sudah di pasarkan, sudah di tangan, sudah di pendengaran. Mudah mendapatkan namun tidak mudah menghasilkan. Mungkin untuk diri sendiri, itu adalah kepuasan. Aku bertitik dari mula sampai akhirnya, syabas buat dia teraju utama!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home