~Jalan Kenangan~ Sangdewi~

Sepanjang jalan kenangan, banyak kisah yang datang dan ditinggalkan, banyak cerita yang dijadikan teladan dan sempadan.Sepanjang jalan kenangan semalam yang tidak pernah padam, kenangan hari ini yang terus bersemi, kenangan akan datang yang akan menjelang.Sepanjang jalan kenangan ini, di sini aku berdiri atas nama insani.

Wednesday, May 10, 2006

TRANSKRIPSI-Ramai yang menyuruh aku membuat ulasan tentang benda itu.Bukan tidak mahu, dan mungkin juga kerana waktu tetapi setakat ini aku masih belum bersedia untuk membentangkan ulasan itu. Untuk bercerita atau memperkatakan secara langsung mungkin tidak ada masalahnya, ulasan yang harus dibuat dengan tulisan, akan memakan waktu yang lama. Malasnya.

Cukup dengan satu pengertian yang sudah ditetapkan seawal mula. Ia adalah segala. Setiap satu adalah makna dan cerita dan paling penting istimewa. Mengerjakan `anak sulung' ini sesuatu yang aku buat dengan perasaan yang paling-paling-paling teruja.

Biasanya kita akan duduk lama dengan sesuatu yang kita dah biasa. Terpagar sahaja dan mengunci apa yang berbeza. Kita mungkin menjadi terlalu berkira-kira. Dan juga takut dengan perubahan yang mungkin tak dapat diterima.

Cuba sesekali kita keluar dari halaman itu, menyapa atau menziarah ke daerah yang tidak tak pernah jumpa. Atau ke satu tempat yang kita tak pernah sampai tapi kita mahu ke sana. Mungkin banyak perkara yang istimewa, banyak benda yang tak terduga dan ianya juga mungkin memberi lebih cahaya.

Bagi aku itulah Transkripsi dan aku paling obses kerana selama ini aku mungkin dah lama melihat atau mengetahui apa2 keistimewaan dia yang tersembunyi. Ataupun sesuatu yang dia belum kongsi. Nah, semuanya dah ada di situ, dan cukup memenuhi dan kita harus nikmati. Mungkin selepas 10 tahun, hanya sekali ini.

Dah boleh tidur lena dan tarik nafas lega. Biarpun tak semua benda sempurna, aku kira dalam rencahnya, ia sudah cukup rasa. Tinggal lagi bagaimana kita mahu meyakinkan orang bahawa dalam masakan umpamanya, benda itu boleh membuka selera.

Minggu terakhir April, adalah minggu yang sibuk buat dia. Ada shooting dan AIM pula bakal tiba. Dua minggu lepas masa FMI, baru dia diundang untuk membuat persembahan pula, sedangkan dari awal lagi namanya tidak ada. Dulu juga masa ABP pun sama, sejak Oktober lagi sudah diingatkan supaya dia meluangkan waktu di ABP dan membuat persembahan, insiden yang serupa, sebulan sebelum majlis berlangsung, namanya juga tidak ada. Mereka bernasib baik kerana bukannya aku menerima semua ini dengan dada terbuka, tetapi malas nak memanjangkan cerita. Dia bukan orang yang boleh ditarik, ditolak ke sini ke sana. Tapi hendak buat bagaimana, jika kita terlalu berlembut, mungkin beginilah layanan mereka.

AIM-hanya sekali sahaja latihannya dengan H kerana dia tidak mempunyai banyak masa iaitu sehari sebelum AIM bermula. AIM-dia dipersembahan kedua. Lagu biasa-biasa, tidak ada yang menariknya. Rasanya sudah puluhan lagu telah disenaraikan kepada penganjur dan aku memberi alasan mengapa dari setiap lagu tersebut dinyanyikan H dan dia, namun mereka tidak setuju. Entahlah, aku pun tidak tahu.Agaknya berbelas tahun mereka jadi buntu.Itu bukan alasan, orang kreatif harus sentiasa peka dan dengan peka akan ada alasan dengan alasan akan ada pembentangan dan dengan pembentangan banyak benda menarik dapat dihimpunkan, dan kerana semua inilah, tahun ini bila penganjur sambil lewa dan agak terbabas, banyak komen yang tidak enak kedengaran. Oppsss...tidak campur dengan soal album M tak diterima pencalonan kerana bagi aku undang-undang tetap undang-undang dan mana mungkin kerana sesuatu fenomena, undang-undang harus diketepikan. Bagaimana nasib jika tiap2 tahun akan ada pindaan????

Tahniah, untuk tahun ke 8. Puas memanggilnya untuk keluar dari bilik air supaya bersedia di belakang pentas bagi mendengar pengumuman, tetap dia tetap enggan. Macam2 pujukan (hehehheeh) masih lagi selesa di jamban (ahakssss). Bila namanya kedengaran, barulah dia berlari dan bermengah-mengah membuat ucapan. 8 tahun itu, aku bersamanya, melihatnya dan tak pernah ketinggalan.

MEI pula....

1 Mei-Hari buruh dan cuti. RS memang tidak dibuka hari ini tetapi kami menerima tempahan, dan aku dari pagi sudah menyiapkan serba serbi. Bila makanan sudah dihantar ke destinasi, aku menelefon Papa untuk pergi ke tempat dia, ini hari terakhir dan aku tidak mahu terlepas lagi. Kasihan melihatnya dari pagi seorang diri, aku menukar plan bercuti dengan bekerja lagi.

Di GC dia menghabiskan komintmen terakhirnya sejak seminggu lalu. Aku tidak berbuat apa-apa, hanya menunggu. Dan berbual-bual dengan D, tetamuku.

Malam-selesai di GC, aku dan Papa singgah di OU. Sudah lama tidak membeli belah, namun puas mencari, tak terjumpa pula yang berkenan di hati.

2 MEI-Di WS ada fotografi. Aku mencuri masa yang ada untuk menelefon ke sana sini. Mencari dan mencari. Misi 4 Mei bermula hari ini, hanya ada 2 hari saja lagi. Terakhir aku membuat keputusan muktamad kerana waktu begitu singkat. Moga semuanya selamat. Habis di WS, aku bergegas ke pejabat. Membuat undangan dan juga sms kepada jemputan. Menyediakan semua keperluan. Misi 4 Mei bermula hari ini.

3- MEI-Menemani dia ke TV3. Ada sidang media tentang kunjungan ke Kobe, Jepun. Prebiu untuk rancangan MT. Jadi antara orang pertama yang menonton MT sebelum keluar di TV.
Terus ke RP selepas itu, melihat tempat sidang media esok berlangsung, bimbang juga jika tidak cukup persediaan rapi. Kemudian aku ke pejabat lagi, menyiapkan apa yang harus dibawa esok dan jam 11 malam, Papa menjemputku pulang walaupun ada perkara yang tertangguh lagi.

4 MEI-Mmmmm....tidak mengapa, bila semua orang sudah pulang dan waktu aku tinggal seorang, aku kira apa jua yang aku lakukan, yang penting adalah kepuasan. Hanya dua hari, dan dapat dilaksanakan. Maaf jika ada kekurangan tapi kukira segala sudah dijalankan sebaiknya. Transkripsi sudahpun dilancarkan. Esok mungkin bukan cerita ini yang dikeluarkan kerana aku sudah mengagak apa yang ditanya wartawan. Akhirnya aku jadi penat kerana keutamaan majlis ini tidak mendapat tempat.

5 MEI-Papa dan dia ke selatan, aku tidak ikut serta kerana kakak dan anak saudaraku di RS akan bercuti. Petang aku membawa PSNN dan junior ke tempat permainan kanak-kanak sebelah RS, nak buat begitu sebulan sekali pun belum tentu lagi.

6 MEI-Di RS. Petang-kakakku pulang ke kampung dan bermula esok aku sahaja yang jadi tukang masak.

Adakala banyak benda kita nak cakap tapi tak tercakap............

7 MEI-Di RS lagi.

8 MEI-Yang ke selatan dah pulang. Tapi esok Papa akan ke Sabah pula.

9 MEI-Ada dua sidang media hari ini. Aku menemani dia, pagi di PJ dan petang di PIH.Dapat bersua muka dengan pelakon hindustan...mmmmm

10 MEI-Di RS paginya, dan kemudian ke pejabat. Mahu menulis hari ini kerana esok lain cerita.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home